suria

Timbalan PM Thai rayu tentera, polis bertindak

DISERANG... Niphon Promphan, setiausaha kepada Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva ditarik keluar dari kereta dinaikinya selepas penunjuk-penunjuk perasaan antikerajaan menyerang beliau di kawasan Kementerian Dalam Negeri petang tadi. - AP Photo

[DIKEMAS KINI, 8.50 MALAM] BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand, Suthep Thaugsuban merayu tentera dan polis agar bertindak tegas menguatkuasakan perintah darurat yang dikeluarkan Perdana Menteri beberapa jam lalu.

Suthep yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan perintah darurat yang diumumkan oleh Abhisit Vejjajiva, mahu pasukan keselamatan bertindak tegas memandangkan mereka agak keberatan untuk menangani penunjuk perasaan antikerajaan.

"Polis dan tentera, anda harus menjalankan tugas sebaik yang mungkin dan mengembalikan keadaan normal secepat yang mungkin," kata beliau dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen sebentar tadi.

"Saya... akan memikul tanggungjawab atas kesemua tindakan anda," katanya.

"Ini bukan penunjuk perasaan perlembagaan. Mereka telah mencederakan beberapa pegawai kanan," katanya.

Kumpulan penunjuk perasaan baju merah dikatakan setia kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan pada 2006.

Thaksin kini berada dalam buangan sejak digulingkan tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, Thaksin memberitahu penyokong-penyokongnya bahawa beliau akan kembali ke Thailand jika pihak berkuasa menggunakan kekerasan untuk menangani penunjuk-penunjuk perasaan di ibu negara Thailand.

Dalam ucapan menerusi telefon kepada ratusan penunjuk perasaan yang berhimpun di luar pejabat Abhisit di sini, Thaksin berkata, beliau kini memantau dengan dekat perintah darurat yang diisytiharkan untuk menamatkan perarakan.

"Saya akan memantau dengan dekat situasi dan jika ada keganasan, saya akan kembali ke Thailand segera. Saya tidak akan membenarkan mereka menggunakan kekerasan," katanya.

Malah, Thaksin juga mengucapkan terima kasih kepada tentera yang tidak bertindak ganas terhadap gerakan itu yang menyokong beliau sambil menggesa mereka menyertai kempennya untuk menggulingkan kerajaan.

Artikel Lain