suria

PM Thai akan berunding dengan pemimpin Asean berhubung nasib Sidang Kemuncak

PATTAYA: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva akan berunding dengan para pemimpin Asean dalam mesyuarat semasa makan tengah hari sama ada meneruskan Sidang Kemuncak dengan enam rakan dialog mereka atau membatalkannya.

Rundingan tersebut berikutan kepungan ke atas tempat mesyuarat itu oleh penunjuk perasaan anti kerajaan, kata jurucakap kerajaan Thailand Panithan Watanayagorn.

Beratus-ratus penunjuk perasaan merempuh masuk ke perkarangan Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya di Pattaya, Thailand dalam usaha mengganggu Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menghadiri Sidang Kemuncak berkenaan selamat walaupun hotel penginapannya Royal Cliff Grand Hotel dan Spa di Pattaya, yang terletak berdepan dengan tempat mesyuarat itu diadakan turut diserang perusuh antikerajaan Thailand petang ini. BERNAMA

Artikel Lain