suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa bumi sederhana landa Sumatera Utara dan Kepulauan Volcano

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana melanda di luar Sumatera Utara pada pukul 7.09 malam tadi, kira-kira 37km barat daya Permatang Siantar, Indonesia dan 250km barat daya Pulau Pangkor di Perak.

Gempa tersebut, yang berukuran 5.5 pada skala Richter, mempunyai pusat gempa 2.8 darjah Utara dan 98.9 darjah Timur, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini.

Sementara itu, satu lagi gempa bumi sederhana berlaku di sekitar Kepulauan Volcano pada pukul 5.05 petang, kira-kira 1,434km tenggara Tokyo, Jepun dan 3,286km timur laut Sandakan di Sabah.

Berukuran 5.2 pada skala Richter, gempa pusat itu ialah di 23.1 darjah Utara dan 142.9 darjah Timur.

Bagaimanapun, kedua-dua kejadian itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami. BERNAMA

Artikel Lain