suria

Bank negara sahkan ekonomi Australia alami kemelesetan

MELBOURNE: Ekonomi Australia sedang mengalami kemelesetan, kata Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) Glenn Stevens.

Katanya, jarang berlaku sesebuah negara dapat mengelakkan diri daripada kelembapan antarabangsa dan tiada contoh satu negarapun tanpa mengira saiznya dapat mengelakkannya seperti yang dialami dengan jelas oleh kesemua rakan dagangannya.

"Tidak kira sama ada statistik Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selepas ini yang dijadualkan dikeluarkan pada awal Jun menunjukkan satu lagi penurunan, saya fikir seseorang yang waras yang melihat kepada semua maklumat yang tersedia sekarang, akan membuat kesimpulan bahawa ekonomi Australia juga mengalami kemelesetan," kata Stevens di Adelaide hari ini.

Menurut Australian Associated Press, akaun nasional untuk suku Disember yang dikeluarkan bulan lepas menunjukkan KDNK menguncup 0.5 peratus dalam tiga bulan terakhir tahun lepas kejatuhan pertumbuhan ekonomi yang pertama dalam tempoh lapan tahun.

Angka KDNK untuk suku Mac dijadual diumumkan pada 3 Jun.

Perdana Menteri Australia Kevin Rudd berkata kemelesetan ekonomim global paling teruk dalam tempoh 75 tahun ini bermakna Australia tidak dapa tmengelak terjerumus ke dalam kemelesetan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain