suria

Tiada bukti bapa cuba jual bintang filem Slumdog Millionaire

MUMBAI: Polis India tidak memperoleh sebarang bukti yang menunjukkan bapa Rubina Ali, yang membintang filem Oscar, Slumdog Millionaire, telah cuba menjual kanak-kanak berusia sembilan tahun itu sebagai anak angkat.

Pihak polis memulakan siasatan susulan aduan daripada ibu kanak-kanak berkenaan, Khurshid Begum ekoran laporan akhbar tabloid Britain bahawa Rafiq Qureshi telah mencuba untuk menjual Rubina sebagai anak angkat kepada keluarga dari Asia Barat.

Bagaimanapun semalam polis mengumumkan pihaknya tidak memperoleh apa-apa bukti berhubungi dakwaan sedemikian sebagaimana disiarkan oleh News of the World.

Laporan akhbar itu menyebut Rafiq telah meminta kira-kira 20 juta rupee (AS$400,000) sebagai ganjaran menjadikan Rubina sebagai anak angkat.

"Kami telah menyoal siasat bapa Rubina dengan panjang lebar dan tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan dia cuba menjual Rubina," kata pegawai polis kanan Nishar Tamboli.

Bagaimanapun katanya, siasatan masih dijalankan. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain