suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Thai tarik balik perintah darurat 12 hari

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand telah menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan di Bangkok sejak awal minggu lalu ekoran protes besar-besaran oleh penunjuk-penunjuk perasaan antikerajaan.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva membuat pengumuman itu di akhir sesi sidang Parlimen khas selama dua hari - hari ini - yang bertujuan mengakhiri krisis politik negara itu.

Abhisit berkata, kerajaan mahu memberi tumpuan ke atas usaha penyatuan semula dan membawa negara itu ke hadapan.

Perintah darurat dikenakan pada 12 April lalu ekoran tunjuk perasaan di Bangkok.

Dua orang terbunuh manakala 123 yang lain cedera dalam pertempuran antara tentera dan orang awam. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain