suria

Susilo, Jusuf Kalla bincang dari hati ke hati

JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Jusuf Kalla mengadakan pertemuan hari ini sebelum perjumpaan mereka dengan gabenor-gabenor wilayah seluruh Indonesia di sini.

Dalam pertemuan dari hati ke hati selama 30 minit itu, kedua-duanya berikrar akan bertanding secara adil dalam pemilihan jawatan presiden Julai ini.

"Sebentar tadi kami berbincang sebagai dua sahabat lama yang mesra yang selama ini mentadbir bersama," kata Susilo yang dipetik oleh agensi berita Antara.

"Kami mempunyai komitmen yang kuat untuk diberi sebagai pengajaran politik kepada orang ramai.

"Ada masanya untuk bekerjasama dan ada masanya untuk bersaing. Untuk mencipta iklim baru di negara ini, kami bersetuju untuk bertanding secara adil," tambahnya.

Perjumpaan dengan para gabenor tersebut adalah bagi menjelaskan tentang pendirian Susilo dan Jusuf dalam pertandingan pemilihan presiden yang masingmasing mewakili Parti Demokrat dan Parti Golkar. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain