suria

Potong rambut anak tanpa izin, bapa saman sekolah RM4.1 juta

RAMBUT Jurnee sebelum dipotong oleh rakan sekelas dan diperbaiki semula oleh kakitangan sekolah berkenaan. —Agensi

SEORANG bapa bertindak mengambil tindakan undang-undang ke atas kakitangan di sebuah sekolah di Michigan, Amerika Syarikat (AS), setelah rambut anak perempuannya dipotong tanpa kebenaran.

Jimmy Hoffmeyer mengemukakan tuntutan AS$1 juta (RM4.1 juta) terhadap Mount Pleasant Public Schools, seorang pustakawan dan pembantu guru pada Selasa lalu.

Tuntutan itu turut mengambil kira dakwaan diskriminasi kaum, menimbulkan ketakutkan etnik serta melanggar hak Perlembagaan anak perempuanya yang berusia tujuh tahun.

Sebelum ini, Hoffmeyer berkata, anaknya, Jurnee harus mendapatkan gaya rambut yang tidak simetri setelah rakan sekelasnya memotong satu sisi rambutnya dengan beberapa inci.

Beberapa hari kemudian, katanya, anaknya pulang ke rumah dengan potongan rambut yang berbeza.

Katanya, pekerja sekolah yang bertanggungjawab memotong rambut anaknya adalah individu berkulit putih.

“Defendan gagal melatih, memantau, mengarah, mendisiplinkan serta mengawasi pekerjanya dengan baik.

“Dan mengetahui atau seharusnya mengetahui bahawa para pekerja akan terlibat dengan aduan yang dikemukakan kerana wujudnya latihan, adat, prosedur dan kebijaksanaan yang tidak tepat serta kekurangan disiplin yang ada untuk pekerja,” kata tuntutan itu.

image (4)

Keadaan rambut Jurnee setelah dipotong. —Agensi

Sementara itu, pihak sekolah dalam satu kenyataan berkata, Jurnee tidak senang dan tidak berpuas hati dengan gaya rambutnya setelah dipotong oleh murid lain.

“Jurnee kemudian meminta seorang pekerja perpustakaan membantu memperbaiki rambutnya ketika lawatan kelas ke perpustakaan,” katanya.

Pihak sekolah berkata, guru Jurnee juga dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Hanya kerana ingin berniat baik, tindakan ini (saman) tidak dapat diterima dan menunjukkan kurangnya pertimbangan kepada kedua-dua pekerja kami.

“Kedua-dua pekerja kami telah mengakui tindakan mereka dan meminta maaf,” katanya.

Tambahnya, pekerja kulit putih yang memotong rambut Jurnee mungkin akan berdepan dengan penamatan perkhidmatan.

Siasatan juga tidak menemui bukti mengenai berat sebelah antara kaum, kata sekolah itu.

“Kami akan mempertahankan secara agresif terhadap tuduhan tidak berasas ini di mahkamah dan sama sekali tidak akan mengalihkan perhatian kami mengenai misi untuk menyediakan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan bertaraf dunia bagi mempersiapkan diri mereka untuk kuliah dan kerjaya,” kata sekolah itu. —People

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

rambut, saman, rasis

Artikel Berkaitan

Artikel Lain