suria

Pameran bendera putih memperingati mangsa maut akibat Covid-19

PAMERAN bendera putih bagi memperingati mangsa yang maut akibat Covid-19 di AS. —Agensi

AMERIKA Syarikat (AS) mengadakan pameran seni baharu bagi memperingati mangsa-mangsa yang maut akibat Covid-19.

Sehingga Jumaat, sekurang-kurangnya 670,034 orang meninggal dunia akibat wabak itu di AS, menurut University Johns Hopkins.

Pameran yang dianjurkan oleh artis Suzanne Brennan Firstenberg itu menempatkan lebih 600,000 bendera putih di National Mall.

Selain memberi gambaran visual mengenai kehilangan nyawa akibat wabak, bendera yang ditempatkan juga memuatkan mesej peribadi dari orang tersayang yang boleh ditinggalkan secara langsung atau dalam talian melalui laman web untuk pemasangan.

“Begitu banyak kematian berlaku tanpa pengetahuan.

“Ketika saya berkesempatan membawanya (bendera) ke National Mall, meskipun saya tahu ini adalah tugas sangat besar, tetapi ia adalah tanggungjawab saya,” kata Firstenberg, 62.

Sebelum ini, dia membuat pemasangan bendera dengan jumlah lebih kecil pada tahun lalu berhampiran Stadium RFK di Washington.

Firstenberg berkata, penduduk AS harus mengambil risiko untuk bekerja bagi mencegah kegawatan ekonomi yang lebih terkesan berbanding risiko kesihatan akibat wabak itu.

"Itu benar-benar mengganggu saya. Saya berasa seolah-olah seseorang harus melakukan sesuatu untuk membuat kenyataan bahawa dengan kematian ini, kita juga harus menghargai setiap kehidupan ini, “ katanya.

Sebelum pameran dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Khamis, seorang ahli keluarga mangsa yang maut akibat Covid-19 mengakui dia terharu melihat ayahnya dihormati.

"Salah satu bendera itu mewakili ayah saya yang meninggal dunia akibat Covid-19 kira-kira 11 bulan yang lalu.

“Saya tidak menyangka akan sangat beremosi melihat ini tetapi di sini saya menangis. Tolong, jangan sekali-kali, lupakan mereka," katanya melalui satu catatan di media sosial yang dikongsi di akaun National Mall. — People

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bendera putih, Covid-19, maut

Artikel Sebelum

Artikel Lain