Sedapnya Biskut Red Velvet Coklat Chip! - Resipi | mStar

Sedapnya Biskut Red Velvet Coklat Chip!

Comelnya biskut red velvet ini.. Foto: Blog Norazlita Aziz

KEK Red Velvet sungguh popular sehingga menjadi kegemaran ramai lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan atau penganjuran majlis tertentu.

Selain kek, biskut Red Velvet juga banyak mendapat permintaan ramai dengan warnanya yang sungguh menarik perhatian ramai tanpa mengira usia. Tentunya tambah menyelerakan jika biskut itu dicampur dengan coklat chip.


Bahan-bahan:

120 gram majerin Planta

10 gram minyak sapi

100 gram gula kastor

120 gram tepung gandum

50 gram tepung beras

50 gram badam cincang

1 biji kuning telur

1 sudu besar serbuk koko

1/2 sudu teh esen vanilla

1/2 sudu besar pewarna merah

30 gram coklat cip putih

30 gram coklat chip

Cara-cara:

Mula-mula bahan kering perlu diayak terlebih dahulu.

Satukan bahan-bahan seperti tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko kemudian ayak seterusnya ketepikan terlebih dahulu.

Bakar sebentar badam cincang di dalam ketuhar pada suhu 170C selama lima minit.

Satukan majerin Planta, minyak sapi dan gula kastor di dalam mesin pemutar.

Putar sehingga adunan kembang dan bertukar menjadi warna kuning pucat.

Seterusnya, tambahkan telur dan putar sebati.

Kemudian tambahkan esen vanila dan pewarna merah, putar lagi sehingga adunan menjadi rata.

Masukkan bahan yang telah diayak tadi, gaul dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.

Tambahkan badam , 1/2 daripada coklat cip dan 1/2 daripada cip coklat putih. Gaul adunan rata.

Sudukan adunan di atas dulang pembakar.

Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki coklat cip dan coklat cip putih.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 20 minit (ketuhar hendaklah dipanaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh).

Akhir sekali, sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Kredit: Blog Norazlita Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain