suria

Semperit Susu enak berlemak pelengkap Syawal

Tidak lengkap rasanya Aidilfitri jika tiada kuih Semperit.

BISKUT Semperit, salah satu biskut tradisional yang sudah menjadi satu kewajipan untuk dihidangkan kepada tetamu setiap kali menjelang bulan Syawal. 

Di mana-mana sahaja pasti ada kuih Semperit yang dibuat dengan pelbagai bentuk! Berikut merupakan perkongsian resipi biskut raya popular ini daripada Facebook Dari Dapur Ummu.

Bahan-bahan:

250 gram Buttercup

1/2 tin susu pekat

100 gram tepung ubi

450 gram tepung jagung

1 sudu teh esen vanila

Untuk Hiasan:

Coklat chips

Coklat rice

Cara-cara:

Butter dan susu pekat dipukul sehingga sebati dan pastikan tidak memukul terlalu lama supaya tidak terlalu kembang apabila dibakar nanti.

Masukkan tepung ubi dan tepung jagung kemudian ditapis sedikit demi sedikit.

Kemudian gunakan acuan semperit pecah 15. Jika tiada, boleh terap bentuk yang disukai.

Bakar pada suhu 150C (15 minit-20 minit)

*Suhu mengikut ketuhar masing-masing ya.

Semperit susu, syawal, resipi, biskut raya

Artikel Lain