suria

Warna-warni biskut lidah kucing tampak menyerlah, rangupnya!

Warna-warninya biskut lidah kucing ini. Foto: Blog Dari Dapur.

KEENAKAN biskut Lidah Kucing Pelangi yang sangat rangup ini boleh lah dihidangkan kepada saudara-mara dan tetamu pada bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Berikut merupakan resipi penyediaan Biskut Lidah Kucing Pelangi daripada blog Dari Dapur. 

Bahan-bahan:

250 gram mentega (jangan guna marjerin ya)

175 gram gula kastor

100 ml putih telur ayam sahaja

200 gram tepung gandum

50 gram tepung jagung

1 sudu teh empex

Cara-cara penyediaan:

Ayak (tapis) dahulu tiga bahan asas ini iaitu tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Selepas diayak, kacau sebati dengan spatula kayu. hand mixer perlu digunakan pada kelajuan paling minima, gaul mentega bersama gula kastor sehingga adunan halus dan berkrim. Pastikan tiada biji-biji gula kastor yang kelihatan.

Tips: Jangan gaul sehingga mentega berminyak kerana boleh menyebabkan biskut lidah kucing terbantut.

Kemudian, masukkan telur putih sedikit demi sedikit ke dalam adunan campuran mentega dan gula kastor sehingga sebati. Kacau menggunakan spatula kayu sahaja. Tidak perlu menggunakan hand mixer. 

Selepas itu, masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul serta kacau sehingga semuanya menjadi adunan doh yang sebati. Gunakan spatula kayu sahaja.

Adunan yang telah siap dan sebati menjadi doh itu dibahagikan kepada empat bahagian dan setiap bahagian dimasukkan pewarna yang telah dipilih. Masukkan tiha atau empat titik sahaja. Gaul sebati.

Setiap adunan yang berwarna, masukkan ke dalam beg plastik atau beg piping jika ada. Jika menggunakan beg plastik, potong muncung plastik di bawah.

Sambil itu, griskan acuan loyang untuk biskut pelangi dengan mentega untuk mengelakkan ia melekat.

Setelah mengisi acuan dengan aduan doh berwarna itu tadi, panaskan ketuhar pada suhu 150'C selama lima minit dan menggunakan api atas dan bawah.

Bakar biskut lidah kucing selama 15-17 minit bergantung kepada jenis ketuhar anda. Ubah sedikit masa pembakaran jika 15 minit terlalu garing.

Tips: Jangan bakar sehingga keperangan untuk mengelakkan biskut menjadi gelap dan tidak cantik. Ubah sedikit masa bergantung pada jenis ketuhar anda.

Untuk mengetahui sama ada biskut sudah masak, tolak sedikit biskut ke belakang dan jika ia bergerak tanpa meninggalkan kesan, itu menandakan biskut lidah kucing sudah masak sepenuhnya.

Akhir sekali, keluarkan biskut dan sejukkan seketika sebelum simpan ke dalam bekas kedap udara.

Artikel Lain