Balung Ayam, kuih tradisi orang Banjar sedap dibaluti inti kelapa - Resipi | mStar

Balung Ayam, kuih tradisi orang Banjar sedap dibaluti inti kelapa

Balung Ayam, kuih tradisi orang Banjar menggunakan tepung pulut sebagai bahan utamanya.

NAMANYA macam pelik, tapi rasanya sedap. 

Lebih kurang kuih koci bahan-bahannya cuma cara membungkus aje lain bak kata Mas Cotek yang berkongsi resipi ini.

Kuih ini dipanggil Balungan Hayam atau Balung Ayam, sejenis makanan kegemaran orang Banjar.

Jom kita mencuba. Mana tau menepati selera sekeluarga.

Bahan doh:

2 cawan tepung pulut

Air pandan secukupnya (boleh beli perasa/pewarna pandan atau pewarna. Jika rajin, kisar daun pandan dan ambil airnya)

Sedikit garam

Bahan lain:

Daun pisang (dilayur kasi lemnbut)

Sedikit minyak

Bahan untuk inti kelapa

1 cawan gula merah

1 cawan air

1/2 biji kelapa parut

2 sudu besar gula pasir

2 helai daun pandan disimpul

Begini cara membungkus Balung Ayam. Foto: Mas Cotek

Cara membuat inti:

Satukan semua bahan-bahan inti tadi. Masak sehingga airnya kering dan kemudian biarkan ia sejuk.

Cara membuat doh:

Ayak terlebih dahulu tepung pulut

Masukkan garam

Masukkan air pandan sedikit demi sedikit sehingga jadi doh yang tidak melekat di tangan

Sediakan daun pisang dan sapukan sedikit minyak

Ambil sedikit doh, letak di atas daun pisang (ratakan doh seperti karipap)

Letakkan inti kemudian lipat dua

Kemaskan keliling kuih dan tekan sedikit

Gunting lebihan daun pisang

Susun kuih dalam pengukus

Kukus selama 15 minit

Akhirnya biarkan kuih tadi sejuk dan sedia untuk dimakan bersama keluarga.

Balung Ayam , Banjar , resipi , kuih

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain