suria

Nona Manis rasa berlemak, sedap!

Comelnya kuih nona manis... sedap pula tu! Foto: Projek Kuih Warisan Ihsan Haridepan (KWIH)

NONA manis, salah satu kuih tradisi bersaiz comel berintikan manis bersantan dengan rasanya yang berlemak.

Resipi Nona Manis ini dikongsi oleh Yayasan Hasanah- Projek Kuih Warisan Ihsan Haridepan (KWIH).

(Jumlah hidangan: 10)

Bahan-bahan:

Adunan A

400 gram tepung gandum

850 ml santan

4 biji telur

1 sudu teh garam

120 gram tepung jagung

1 sudu teh esen pandan

Adunan B

600 ml air

8 helai daun pandan

410 gram gula pasir

350 ml santan

Inti

1.8 liter santan

160 gram tepung gandum

480 gram gula pasir

Cara-caranya:

Untuk adunan A, kacau tepung bersama santan sehingga licin dan tidak berketul. Pukul telur dan campurkan dalam adunan santan.

Untuk adunan B, kisar daun pandan bersama air dan tapis. Campurkan air pandan bersama bahan-bahan yang lain dan masak di atas api sederhana sehingga ia sebati, pekat dan berbuih.

Tutup api dan terus kacau sehingga buih hilang. Kacau masuk adunan A sedikit demi sedikit sehingga sebati.

Untuk inti santan, kacau semua bahan-bahan dan masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. Sejukkan dan masukkan dalam botol yang bermuncung.

Sapukan sedikit minyak dalam semua cawan dan masukkan dalam pengukus yang sudah panas.

Isikan setengah cawan dengan adunan pandan. Picit inti santan di tengah-tengah adunan hijau. Letakkan foil atas cawan dan kukus selama 6-8 minit.

Kuih siap apabila adunan tidak melekat bila ditekan. Sejukkan selama 15 minit sebelum dikeluarkan dari cawan.

nona manis, kuih, resipi

Artikel Lain