Uniknya nama! Jom cuba resipi Rendang Sampah menu popular orang Perlis - Resipi | mStar

Uniknya nama! Jom cuba resipi Rendang Sampah menu popular orang Perlis

Menarik hidangan Rendang Sampah yang disediakan Wan Hanim Mohamed Noor ini.

KATANYA hidanganya begitu popular di daerah Kuala Perlis, negeri Indera Kayangan.

Nama Rendang Sampah jadi pilihan kerana kata penyedia menu ini, Wan Hanim Mohamed Noor kononnya terdapat banyak 'sampah' yang dihasilkan daripada hirisan hirisan serai dan bawang yang dimasukkan di dalamnya.

Ini baha-bahan untuk menyediakan Rendang Sampah;

5 keping isi ikan (ikut pilihan sendiri)

6 biji cili api (dibelah tengah tapi jangan sampai putus)

1 1/2 cawan santan

1/4 cawan air

1-2 sudu besar cuka ( ikut paras kemasaman yang di gemari)

3 ulas bawang putih dihiris

5 ulas bawang merah dihiris

4 batang serai dihiris nipis

1/4 inci halia dihiris nipis dipotong halus

1 biji tomato di belah enam

1 biji bawang besar di hiris besar

10 biji kacang bendi

2 helai daun limau purut (jika mahu)

* Serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa

* Jika ada yang pantang memakan cuka boleh ditukarkan dengan dua ke tiga keping asam keping.

Bahan-bahan untuk menyediakan Rendang Sampah.

Cara menyediakan dan memasak:

Bersihkan ikan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit dan digoreng dulu. Ketepikan dan biar sejuk.

Masukkan 3 sudu besar minyak masak ke dalam periuk dan panaskan.

Bila minyak panas masukkan serai yang di hiris nipis dan goreng. Bila 3/4 garing masukkan hirisan halia, bawang putih dan bawang merah.

Bila sudah wangi masukkan cili api dan goreng sebentar sebelum masukkan air. Bila air mendidih masukkan kacang bendi. Bendi cepat masak ya jadi lepas tiga minit masukkan santan serta serbuk kunyit.

Kacau selalu jangan biarkan pecah minyak. Masukkan cuka atau asam keping serta perasakan. Masukkan ikan goreng bersama hirisan bawang besar serta tomato, daun limau purut (jika mahu).

Biarkan seketika dan rasa itu citarasa masing-masing. Apabila mendidih padam api dan siap untuk dihidangkan.

Rendang Sampah , resipi

Artikel Sebelum

Nona Manis rasa berlemak, sedap!

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain