suria

Pisang Bakar Sos Karamel, juadah minum petang yang ada gaya!

PISANG boleh digunakan untuk memasak pelbagai lauk pauk dan juga kuih muih. Kali ini, penyumbang resipi, Wan Hanim Mohamed Noor menampilkan menu minuman petang yang menarik untuk dicuba.

Yang pasti, pilihan pisang perlu bersesuaian dengan setiap juadah dan untuk hidangan ini, guru Bahasa Inggeris ini menggunakan pisang awak.


PISANG BAKAR SOS KARAMEL 

Bahan-bahan:

6 biji pisang awak yang separa masak

7 sudu besar gula pasir

3 sudu besar air

1/2 mangkuk santan pekat  dan 1/4 sudu kecil garam



Cara penyediaan:

1. Didalam periuk masukkan gula pasir serta air untuk hasilkan karamel. Masak di atas api kecil sehingga mula keperangan. Padamkan api dan dan terus kacau supaya tidak hangus.

2. Pisang dibakar di atas dapur gas tanpa dibuang kulit guna api sederhana selama 10-15 minit. Jika ada dapur kayu atau arang juga boleh juga. Apabila kulit pisang agak hitam dan jus pisang mula keluar, ia sudah boleh angkat.

3. Bila sudah sejuk keluarkan kulit dari pisang.

4. Gaulkan pisang bersama karamel.

5. Bila hendak dimakan senduk pisang yang digaul karamel tadi didalam mangkuk dan boleh ditambah santan mentah bergaram diatasnya. Boleh juga dimasukkan beberapa ketul ais untuk rasa lebih menyegarkan.



Artikel Lain