suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebut tart pasti intinya nanas, kali ini jom cuba Tart Nutella pula!

Hidangan tart Nutella pasti menjadi kegemaran ramai.

NUTELLA berperisa coklat kacang hazel sememangnya begitu popular, apa lagi jika bukan kerana keenakannya.

Kebiasaannya kuih tart selalu sinonim dengan inti nanas, namun kali ini anda boleh gunakan coklat Nutella pula sebagai intinya. 

Jom cuba buat Tart Nutella ini!

Bahan-bahan:

125 gram mentega

40 gram gula perang halus

1 sudu kecil esen vanila

200 gram tepung gandum

1 sudu besar tepung jagung

40 gram serbuk badam

1 botol Nutella 350 gram

Cara-cara:

Pukul mentega, esen vanila dan gula dengan senduk kayu hingga sebati.

Kemudian masukkan tepung dan serbuk badam.

Gaul hingga menjadi doh yang lembut dan rehatkan selama 15 minit.

Canai dan terap dengan acuan tart.

Seterusnya bakar pada suhu 150C di rak bawah selama 15 minit.

Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk.

Setelah sejuk, paipkan nutella ke atas biskut.

Bakar semula di rak atas api dan bawah selama 15 minit hingga nutella set.

Kredit: Blog Resipi Citarasa Wan

Tart nutella, biskut raya, syawal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain