suria

Biskut Oat, hidangan berkhasiat di pagi Syawal

Tengok gambar pun dah nampak sedapnya biskut Oat ini...

SEPERTI yang kita tahu, oat sering menjadi hidangan waktu sarapan. Apa kata kali ini, kita gunakan resipi Biskut Oat ini daripada Facebook Himpunan Resepi Biskut Enak untuk menu sempena Aidilfitri tahun ini!

Bahan yang ringkas dan mudah tentunya dapat menjimatkan masa kalangan ibu dan wanita bekerjaya untuk menghasilkannya.


Bahan-bahan A:

150 gram mentega

150 gram lemak sayuran

200 gram gula halus


Bahan-bahan B:

100 gram tepung gandum

60 gram oat

80 gram tepung jagung

1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh esen vanila


Cara Membuat:

Satukan bahan A dan pukul sehingga kembang

Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan A tadi. Gaul rata.

Kemudian uli sehingga menjadi doh.

Canai dan terapkan. Susun di atas dulang pembakar.

Bakar pada suhu 175 darjah celsius selama 20 minit. 

Biskut Oat, bulan Syawal, raya, resipi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain