Cecair kumuran bagi menghilangkan bau mulut mengikut petua orang lama hanya menggunakan empat bahan. -Gambar hiasan AI
PENAMPILAN diri bukan sekadar bergantung kepada rupa luaran semata-mata, sebaliknya turut melibatkan aspek kebersihan dan penjagaan diri secara menyeluruh. Bayangkan seseorang yang berwajah cantik atau tampan, namun mempunyai bau mulut kurang menyenangkan sehingga membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa. Situasi ini pastinya boleh menjejaskan keyakinan diri, malah memberi tanggapan kurang baik kepada orang sekeliling. Justeru, penjagaan kebersihan mulut tidak boleh dipandang ringan walaupun sudah mengamalkan rutin memberus gigi setiap hari.ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bermodalkan kerajinan, wanita kongsi resipi jus ‘shot’ 4 bahan... “Bukan setakat merah-merah, auto glowing”Seorang pengguna Threads, @amirarazman tampil berkongsi satu petua mudah untuk mengatasi masalah bau mulut. Menariknya, bahan-bahan digunakan bukanlah sesuatu sukar dicari, sebaliknya hanya menggunakan bahan asas yang kebiasaannya terdapat di dapur."Korang pernah tak, walaupun dah gosok gigi, tapi mulut still bau busuk. Korang boleh cuba tip ini. Amalkan setiap hari, insya-Allah akan nampak perubahan," ujarnya.Bahan-bahan:Secawan atau segelas air panasSedikit garamBeberapa kuntum bunga cengkih7 hingga 8 helai daun limau purutCara-caranya:1. Tumbuk daun limau purut sehingga lumat.2. Masukkan daun limau purut yang telah ditumbuk ke dalam secawan air panas.3. Masukkan bunga cengkih dan sedikit garam ke dalam air tersebut.4. Kacau sehingga semua bahan sebati dan larut.5. Gunakan air tersebut untuk berkumur dua kali sehari, iaitu selepas bangun tidur dan sebelum tidur.Petua ini dilihat sebagai alternatif semula jadi yang mudah diamalkan di rumah. Namun, penjagaan kebersihan mulut secara menyeluruh seperti memberus gigi dengan betul dan memflos gigi sekurang-kurang sebelum tidur.Selain itu, dapatkan pemeriksaan doktor gigi secara berkala iaitu enam bulan sekali bagi memastikan kesihatan mulut yang optimum.