Penggunaan 'sheet mask' bukan sahaja membantu mencantikkan kulit, malah memberi asas terbaik untuk solekan. -Gambar hiasan AI
MENJELANG hari raya, pastinya ramai yang ingin tampil cantik dan bergaya.Namun, penampilan tidak akan sempurna jika soal tatarias wajah dipandang remeh. Salah satu langkah penting bagi mendapatkan solekan yang tahan lama dan mampan adalah dengan penggunaan sheet mask. Namun, masih ramai yang melakukan kesilapan ketika memakainya sehingga hasilnya tidak seperti yang diharapkan.ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bermodalkan kerajinan, wanita kongsi resipi jus ‘shot’ 4 bahan... “Bukan setakat merah-merah, auto glowing”Seorang wanita dikenali sebagai @amirahazman berkongsi cara pemakaian sheet mask yang betul menerusi Threads bagi membantu mendapatkan kulit wajah yang lebih sihat dan glowing.1. Cuci muka terlebih dahuluWajib mencuci muka menggunakan sabun pembersih wajah sebelum memakai mask.Bilas sehingga bersih dan keringkan wajah. Langkah ini penting bagi menanggalkan minyak serta kotoran.2. Gunakan toner- Pemakaian toner tidak wajib, namun sangat disarankan kerana ia membantu menyeimbangkan kulit dan menyediakan wajah untuk menyerap serum daripada mask dengan lebih baik.3. Cara memakai sheet mask- Tanggalkan mask secara perlahan-lahan.- Tekapkan pada wajah bermula dari bahagian dahi, diikuti mata, hidung dan mulut.- Tekan perlahan-lahan agar mask melekat rapat pada kulit dan tiada gelembung udara.4. Tempoh pemakaian- Biarkan mask pada wajah selama 10 hingga 20 minit sahaja. Elakkan memakainya melebihi tempoh tersebut kerana apabila mask menjadi kering, ia boleh menyedut semula kelembapan daripada kulit.5. Cara menanggalkan maskSelepas cukup tempoh, tanggalkan mask dan jangan terus mencuci wajah.Sebaliknya, urut lebihan serum secara perlahan-lahan supaya ia meresap ke dalam kulit, sekali gus membantu memberikan kesan lembap dan berseri.6. Sapu pelembapLangkah terakhir adalah menyapu pelembap (moisturizer).Ia berfungsi sebagai pelengkap untuk 'mengunci' kelembapan dalam kulit agar kekal hidrasi lebih lama.Dengan teknik yang betul, penggunaan sheet mask bukan sahaja membantu mencantikkan kulit, malah memberi asas terbaik untuk solekan yang lebih kemas dan tahan sepanjang hari raya.