suria

Tak perlu sarat! Aksesori ringkas mampu serlahkan gaya lelaki maskulin, pasti memukau si gadis!

Koleksi baharu De Beers boleh dipadankan bagi menampilkan kelainan pada si pemakai.

SEJAJAR perkembangan fesyen masa kini, lelaki juga ingin tampil bergaya dan sofistikated bagi menyerlahkan maskulin mereka.

Jika dahulunya hanya golongan metroseksual sahaja yang gemar mengambil berat tentang penampilan, tapi kini ahli perniagaan mahupun kerani awam sudah mula mementingkan gaya.

Maka tidak hairanlah apabila pelbagai jenis aksesori direka khas untuk kaum adam.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 pakaian wajib dimiliki setiap lelaki... ringkas tapi seksi, pasti ramai tergoda!

Pun begitu, aksesori atau barangan untuk kaum lelaki tidaklah sebanyak kaum hawa kerana ia sekadar untuk mengekalkan stail serta penampilan mereka sambil mengikuti trend semasa.

Menyedari hal itu, De Beers Jewellers tampil dengan koleksi terkininya, De Beers RVL bermula awal Oktober.

Reka bentuk yang berani dan moden ini menggunakan empat keping emas putih 18k dan berlian yang disatukan oleh titanium hitam serta 18k rose gold, sekali gus dapat mendedahkan perwatakan individu menerusi konsep penggayaan yang digemarinya.y7

Monogram De Beers mengilhamkan estetik koleksi, dengan garis besar 'D' dan 'B' yang dicetak dalam logam untuk membentuk garisan yang menyerupai kod, dan apabila dilihat dari sisi ia seakan-akan berbentuk gear.

Serlahkan penampilan anda dengan koleksi terkini De Beers.

Serlahkan penampilan anda dengan koleksi terkini De Beers.

Sebagai mekanisme yang berpengaruh, De Beers RVL membolehkan pemakai mengekspresikan diri mereka yang luar biasa melalui pelbagai bahan kontemporari, reka bentuk yang berbeza dan gaya.

Kepingan emas putih termasuk loket dalam bentuk oktagon yang tidak sekata pula menampilkan barisan berlian set pavé, dan gelang dengan emas putih yang disesuaikan dengan garisan berlian dan diikat pada kord bersimpul hitam untuk menyerlahkan gaya si pemakai.

Cincin dan band melengkapkan kuartet ini sekali gus menampilkan kesederhanaan dan keyakinan dengan makna yang tersembunyi.

Trio kepingan titanium hitam dan rose gold pada loket, gelang dan cincin pula memberi hasil kontra pada kepingan emas putih seterusnya melengkapkan koleksi terkini ini.

Garisan reka bentuk ini terbentuk daripada lekukan dalam logam yang telah dilapisi dengan rose gold, menarik secara visual dan sentuhan terhadap permukaan titanium.

Menariknya, kedua-dua koleksi ini boleh dicampur dan dipadankan mengikut kreativiti si pemakai serta menghasilkan efek elegan!

Koleksi De Beers RVL baharu akan tersedia di kedai De Beers di seluruh dunia dan debeers.com mulai Oktober 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain