suria

Nak melaram cermin mata baharu, tapi jadi stres ketika pakai... Ini petanda ada yang tak kena, rawat segera!

Cermin mata yang baru dibuat juga boleh menyebabkan si pemakai berasa tidak selesa dan stres.

GANGGUAN penglihatan sudah menyeksakan, namun jika ‘tersalah’ mendapatkan rawatan pasti lebih merengsakan bebola mata anda.

Bagi kebanyakan masyarakat yang menghadapi masalah rabun sama ada dekat ataupun jauh, cermin mata adalah pilihan terbaik untuk mengurangkan kesan biasan yang dialami kerana dapat membantu mengimbangi 'kuasa' mata atau power.

Namun pernahkah anda alami rasa sakit dan pening selepas memakai cermin mata terutama sekali apabila ia baru sahaja dibuat.

Kesan pening yang keterlaluan apabila menggunakan cermin mata itu menyebabkan anda enggan meneruskan pemakaian sekali gus mengakibatkan rawatan mata tidak dapat diteruskan.

Rasa menyesal kerana membeli pun pasti ada!

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan stres kaca mata berkabus pakai topeng muka, Ini 4 cara mengatasinya

Mungkin ramai yang tidak mengetahui punca berlakunya rasa stres dan pening tersebut.

Menurut optometris, Shahrizal Redwan, masalah yang berlaku itu boleh dikaitkan dengan perubahan design cermin mata, indeks ketumpatan kanta mahupun ‘ketidakharmonian’ antara kedua-dua belah mata.

Berikut merupakan antara faktor yang dikenal pasti menjadi punca berlakunya stres pada mata.

1- Power tak harmoni apabila kedua-dua mata digunakan

Apabila pemeriksa memeriksa mata anda, mereka sering kali fokus pada power sebelah kanan mahupun kiri.

Tapi mereka tidak mengambil masa yang lebih untuk periksa jika kedua-dua mata dibuka dan menggunakan power yang diberi menggunakan cermin mata itu, adakah ia saling berkomunikasi dengan baik.

Jika ia tidak diambil kira, ada sesetengah orang akan berhadapan situasi salah satu bebola matanya bergerak ke arah lain. Ia akan mengakibatkan si pemakai berasa stres yang teramat sangat!

Cermin mata multifocal lebih diminati kerana memudahkan si pemakai.

Cermin mata multifocal lebih diminati kerana memudahkan si pemakai.

2- Power tak sesuai untuk semua jarak

Power cermin mata memang diperiksa untuk melihat jauh kerana anda mengalami rabun jauh.

Tapi tahukah anda, cermin mata seumpama itu hanya sesuai untuk lihat jauh dan tidak sesuai digunakan untuk melihat dekat sehingga mendorong seseorang itu membuka cermin matanya jika ingin melihat dekat.

Apabila sering buka dan pakai, ia pasti membuatkan anda berasa kurang selesa lebih-lebih lagi wanita berhijab. Jadi, ia mesti diatasi segera ya!

3- Level sistem mata memang lemah

Power dah okay, pakai kedua-dua mata pun selesa. Tengok jauh dan dekat juga tidak mengakibatkan masalah pada anda, tapi sebenarnya sistem dalaman mata iaitu eye focusing serta pergerakan mata sudah tidak normal dan jauh lebih rendah.

Perkara ini perlu dirawat segera!

Sebab itu cermin mata biasa tidak dapat membantu apa-apa. Malah anda cenderung untuk berulang kali membuat cermin mata baharu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain