suria

Fesyen Muslimah cara pengasas Munawwareen sebar dakwah, tampil 21 rekaan terkini

Datin Aliza Abu Bakar bersama Nasha Aziz dalam pertunjukan fesyen Muslimah Munawwareen.

PENGASAS jenama fesyen Muslimah Munawwareen iaitu Datin Aliza Abu Bakar tidak kisah melabur sejumlah besar bagi menganjurkan sebuah pertunjukan fesyen gilang-gemilang.

Aliza sebaliknya berkata, dia bukan ustazah atau ahli ulama yang pandai menyebarkan dakwah, namun pertunjukan fesyen Muslimah ada cara yang tersendiri dalam menyampaikan kebaikan.

"Sebenarnya semua orang boleh buat pertunjukan fesyen, tetapi untuk fesyen Muslimah sangat memberi makna besar untuk diri saya.

"Saya tidak pandai berdakwah, jadi saya rasa dengan menghasilkan sebuah jenama Muslimah, ia sedikit-sebanyak dapat menyalurkan dakwah itu sendiri dalam pemakaian seseorang," katanya kepada mStar.

munawwareen

Dari kiri: Hafiz Hamidun, Aliza Abu Bakar dan Nasha Aziz pada sidang media pertunjukan fesyen Munawwareen.

Aliza berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Munawwareen di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebanyak 21 rekaan terbaharu dengan 36 jenis pakaian diperagakan pada pertunjukan fesyen tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak?” - Nasha Aziz pegang pada prinsip, resepi 30 tahun bertahan sebagai model

ARTIKEL BERKAITAN: Hijab bukan penghalang berfesyen! 3 influencer wanita jadi inspirasi, makin cantik bila jaga aurat

Apa yang lebih menarik, Munawwareen turut menampilkan pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz sebagai muse jenama fesyen Muslimah tersebut.

Dalam pada itu, Aliza menjelaskan, asas setiap rekaan dibawah jenama Munawwareen demi memelihara aurat wanita dengan sempurna.

Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikut landasan syariah.

DATIN ALIZA ABU BAKAR

PENGASAS MUNAWWAREEN

Justeru, variasi pakaian jenama ini direka dengan potongan longgar bersama pilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan si pemakai.

"Terdapat banyak pakaian Muslimah di pasaran tetapi konsep 'Muslimah sejati' itu tidak dipraktikkan sepenuhnya.

"Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikut landasan syariah," jelasnya.

munawwareen1

Antara koleksi Muslimah yang diperagakan.

Sementara itu, Aliza memberitahu, Munawwareen turut mengetengahkan lagu jenama atau jingle dengan lirik berbentuk promosi secara langsung sebagai kelainan.

Lagu rasmi berjudul Munawwareen yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri dicipta khas oleh komposer dan penulis lirik, Hafiz Hamidun.

"Sejak dulu saya berhasrat untuk mengeluarkan koleksi Muslimah supaya diingati dan digayakan dalam kehidupan seharian.

"Berdasarkan perbincangan bersama pasukan lain, maka lahirlah idea memilih Hafiz untuk menggubah lagu tema Munawwareen," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain