suria

Jangan asyik berselimut, ini 7 teknik yoga bantu anda kekal cergas dalam cuaca sejuk

Pernafasan cepat

KEADAAN cuaca pada masa ini yang sering hujan membuatkan anda ingin berterusan 'dibungkus' selimut kerana asyik dengan kesejukan.

Tapi awas ya! Meskipun rasa sejuk itu membuatkan anda berasa selesa dan nyaman, namun badan perlulah sentiasa 'dipanaskan' jika ingin berasa sihat serta cergas setiap hari.

Jadi apa kata anda cuba beberapa kaedah postur yoga yang dapat membantu memastikan badan anda hangat serta berada dalam keadaan sihat.

Aktiviti ini juga lebih mudah berbanding anda meluangkan masa untuk berjoging dalam situasi cuaca terkini, bimbang pula sekiranya tiba-tiba hujan.

Menerusi perkongsian di laman India Times, yoga juga dapat mengelakkan anda daripada meletakkan badan kepada tekanan yang pelbagai.

1. Kapalabathi (pernafasan pantas)

Teknik yoga ini adalah satu bentuk pranayama yang merangsang organ dalaman anda dan menjana haba melalui bentuk pernafasan yang cepat. Ia dapat meningkatkan metabolisme anda dan membebaskan tenaga ke seluruh badan.

Walaupun dilakukan dengan pantas, pernafasan secara berirama membantu melancarkan peredaran darah.

Berdiri dengan kepala

2. Sirsasana (berdiri dengan kepala)

Dikenali sebagai raja segala pose, teknik Sirsasana ini merupakan cara terbaik untuk memberi ketenangan kepada seluruh badan anda kerana kedudukan terbalik membantu meningkatkan aliran darah ke hipotalamus dan kelenjar pineal di otak anda.

Postur ini juga membantu meningkatkan fungsi otak dan kognitif anda sambil merembeskan kehangatan melalui peredaran darah dalam badan.

3. Virabhadrasana (pose pahlawan)

Dinamakan sempena seorang pahlawan yang garang, Veerabhadra, postur ini boleh membantu membina jisim dan keanjalan pada otot.

Gabungan tumpuan, keseimbangan dan kekuatan bersama-sama akan membantu anda memanaskan badan dengan cara yang terbaik.

Plank

4. Kumbhakasana (plank)

Sebagai pergerakan yang agak mudah, plank adalah cara senaman yang bagus untuk mereka yang menjalani gaya hidup tidak aktif.

Melakukannya selama beberapa minit sehari boleh meningkatkan metabolisme anda sepanjang hari dan juga pada waktu malam.

Tahan diri dalam pose ini selama seminit atau lebih untuk mula merasakan haba meresap ke seluruh badan.

5. Navasana (pose bentuk sampan)

Teknik ini dapat menguatkan kawasan perut dan postur pinggul jika anda mengekalkan keseimbangan yang benar-benar merangsang badan.

Dalam pada itu, ia menjana haba dengan cepat di seluruh badan anda dan akhirnya mengurangkan ketegangan dan sangat melegakan anda.

Berdiri sambil bongkok

6. Uttanasana (berdiri sambil membongkok)

Regangan ringkas ini membina kehangatan dalam sistem badan anda. Pelukan lembut yang anda berikan kepada diri sendiri dapat menghasilkan haba.

Postur ini membantu melonggarkan badan yang acap kali mengalami keletihan kerana sibuk bekerja.

7. Garudasana (pose helang)

Teknik ini mungkin kelihatan seperti menjaga keseimbangan fizikal, namun ia sebenarnya dapat membantu menyeimbangkan fikiran dan emosi anda.

Memegang badan supaya stabil sambil membantu menenangkan fikiran serta memperbaiki sistem peredaran badan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain