suria

Ezurin Khyra jual skaf murah! Tawar harga bawah RM30 demi wanita tampil jelita

Ezurin Khyra tampil dengan 10 koleksi Skaf E For All.

BERCIRIKAN konsep versatil dan tenaga luar biasa, ikon fesyen dan sosialit terkenal, Ezurin Khyra tampil melebarkan sayap dalam industri fesyen dengan melancarkan skaf di bawah jenama E buat julung kalinya.

Tampil dengan koleksi pertama yang diberi nama E For All, skaf E menjanjikan kelembutan dan keunikan tersendiri yang dihasilkan untuk wanita tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit dan agama.

Ezurin yang juga pengasas skaf berkenaan berkata, sebagai permulaan dia mengeluarkan 10 koleksi skaf yang eksklusif bagi memberi impak kepada setiap wanita supaya kelihatan elegan dan berani.

E 2022 09 10 - 000138

Ezurin Khyra tampil melebarkan sayap dalam industri fesyen.

"Sebagai permulaan saya tampilkan 10 koleksi skaf E For All yang diberi nama bersempena beberapa lokasi yang pernah saya lawati iaitu Istanbul, Doha, Bahia, Rio, Dubai, Jakarta, Paris, Milan, Madrid dan Kuching.

ARTIKEL BERKAITAN: Princess Ezurin, 5 Tunku sahut cabaran berkampung di Hulu Langat... tinggalkan kehidupan mewah, tetap tukar baju 6 kali sehari!

ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen Muslimah cara pengasas Munawwareen sebar dakwah, tampil 21 rekaan terkini

"Bersesuaian dengan pelancaran skaf ini, saya turut melancarkan kempen E For All yang mana setiap koleksi skaf ini tidak hanya terhad kepada wanita Muslimah sahaja malah setiap wanita tidak kira pangkat, agama, bangsa atau kaum mempunyai cara tersendiri dalam menggayakan skaf ini," katanya.

Ezurin juga menambah, dia teruja untuk melihat skaf ini dimiliki oleh setiap wanita di seluruh dunia sekali gus menjadi trendsetter kepada fesyen skaf yang semakin menjadi trend.

E 2022 09 10 - 000146

Skaf E menjanjikan kelembutan dan keunikan tersendiri yang dihasilkan untuk wanita tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit dan agama.

Dalam pada itu, Ezurin yang lebih dikenali sebagai Princess E berkata, idea menghasilkan koleksi itu adalah salah satu cara dirinya meluahkan kecintaan terhadap seni.

Ini kerana katanya, fesyen adalah lambang kemegahan bagi mereka yang cintakan seni dan setiap rekaan yang digambarkan menerusi koleksi berkenaan mempunyai nilai eksklusif dan estetika tersendiri.

"E For All boleh dianggap hadiah kepada setiap wanita untuk mendapatkan skaf ini kerana harga ditawarkan adalah mampu milik.

E 2

Paling penting skaf yang dijual mampu milik.

"Saya menceburi bisnes fesyen ini bukan untuk mengejar kekayaan tetapi saya ingin lihat setiap wanita bertambah jelita dan bergaya dengan skaf E For All ini.

"Saya harap skaf ini akan menjadi satu permulaan baharu kepada setiap wanita untuk menggayakan skaf ini di kepala mengikut cita rasa dan gaya yang anda inginkan," katanya.

Koleksi E For All dijual pada harga RM29 secara dalam talian di www.eforezurin.com atau boleh didapati menerusi 212 stokis berdaftar di seluruh Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain