suria

Pakai untuk fesyen, tak semestinya sokong! Meriah tudung corak logo parti, jangan gayakan masa hari mengundi ya

Tudung logo parti diperkenalkan sempena PRU15 nanti.

TEKA-teki tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pun sudah terjawab.

Mesti anda semua tidak sabar nak menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada 19 November nanti.

Dalam tempoh satu bulan sebelum hari pengundian ini, apa kata golongan wanita menggayakan tudung bercorakkan logo parti politik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu sarat! Aksesori ringkas mampu serlahkan gaya lelaki maskulin, pasti memukau si gadis!

Pasti akan lebih meriah tempoh berkempen kali ini.

Tapi awas! Jangan sampai bergaduh pula ya nanti, apa pun pilihan anda pastikan kebajikan rakyat diutamakan.

Menerusi perkongsian pelayar TikTok Tajuddin Nor, terdapat tujuh variasi tudung bawal diperkenalkan, mewakili enam parti utama di Malaysia.

Antara corak logo parti yang ada termasuklah Barisan Nasional (BN), Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS, Parti Amanah Negara dan Bersatu.

Bagi peminat rona pink atau merah susu, anda boleh memilih corak logo Umno yang berlatarkan warna tersebut, persis srikandi Puteri Umno.

Menggunakan material yang lembut dan dipadankan dengan corak logo bersaiz kecil, pastinya memudahkan kaum hawa menggayakannya.

Jika anda kreatif, tudung bawal bidang 50 itu juga boleh dijadikan turban mahupun selendang seperti teknik pemakaian wanita moden.

Bagaimanapun, anda diingatkan supaya tidak memakainya semasa hari pengundian ya! Bimbang dihalau keluar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menyusuri ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran tudung corak logo parti seperti itu.

Malah ada yang menyatakan bahawa, tidak semestinya penyokong memakai logo parti yang disukai kerana warna tersebut boleh digayakan dengan mana-mana baju pilihan.

Dalam pada itu, warganet juga meminta supaya Tajuddin Nor menghasilkan tudung berlatarkan warna monokratik tetapi mempunyai gabungan logo politik.

Tambahan pula, undi adalah rahsia dan bagi mengelakkan seseorang itu 'dilabel'.

"Apa kata buat tudung semua bendera tu ada baru adil.

"Bos, tukar design... based colour tudung hitam, tapi scatered dengan semua logo parti. Saya nak beli!

"Yang satu tudung, semua design ada tak? Undi tu rahsia.

"Nak semua design dalam satu tudung, baru surprise," ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain