suria

Siapa pernah lalu jalan Muadzam Shah - Chini? Pemuda ini nyaris kemalangan selepas memintas wanita tidak berwajah pada 1 pagi

Kelibat wanita yang muncul di jalan Muadzam Shah ke Bandar Chini membuatkan kereta dipandu Kamarul hampir terbabas. - Gambar sekadar hiasan

"HATI-hati kalau lalu di situ pada waktu malam. Jangan sampai ada 'benda' menumpang macam saya kena," pesan Kamarul ketika menceritakan pengalaman misterinya melalui Jalan Muadzam Shah-Bandar Chini, Pahang.

Masih terniang-niang dalam benak fikirannya tentang kejadian menimpanya dan isteri yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka di Bandar Chini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada orang dengki dekat mu!” - Setengah tahun adik meracau, rupa-rupanya ada orang tanam patung hitam dekat rumah

Ini bukan kali pertama mereka menggunakan laluan itu tetapi pada hari kejadian kebetulan mereka melalui jalan itu pada pukul 1 pagi.

"Malam itu perasaan kami cukup gembira dapat pulang ke kampung halaman kerana kami akan mengikat tali pertunangan selepas bercinta sejak alam persekolahan.

"Entah mengapa isteri (ketika itu bakal isteri) mencadangkan agar kami menggunakan laluan Muadzam ke Bandar Chini meskipun saya keberatan.

WhatsApp Image 2021-08-04 at 5.34.50 PM

Gambar menunjukkan simpang laluan dari Muadzam Shah ke Chini pada waktu siang. - Foto GOOGLE MAPS

"Bukan apa, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi dan perasaan rindu kepada emak, ayah dan adik-beradik seperti memanggil-manggil untuk cepat pulang, tetapi akhirnya saya akur juga," katanya.

Memandangkan waktu sudah lewat, Kamarul berkata laluan agak sunyi selain tiada kenderaan lain pada waktu itu. Sedikit sebanyak, dia tetap berasa tidak sedap dengan situasi itu.

Dalam keadaan berhati-hati dan fokus kepada pemanduan, Kamarul berkata, Nurul Aina tiba-tiba terlihat kelibat seorang wanita sedang berjalan kaki di pinggir jalan.

"Sayang, ada perempuan jalan kaki. Kasihan saya tengok dia. Nak tumpangkan tak?" soal Nurul Aina kepada Kamarul.

Bulu roma Kamarul sudah menegak tetapi dia tetap bersangka baik walaupun mula terfikir bahawa wanita itu bukan manusia tetapi jelmaan makhluk halus.

Saya cepat tersedar dan menarik stereng untuk masuk kembali ke laluan kami. Jika tidak sudah pasti kami bergelar jenazah di malam pertunangan kami.

KAMARUL

Kamarul memperlahankan kenderaannya apabila semakin mendekati wanita itu. Nurul Aina dengan berani membuka tingkap dan bertanya sama ada wanita itu ingin menumpang mereka atau tidak.

"Tetapi yang peliknya, apabila kenderaan kami semakin menghampirinya, semakin jauh pula perempuan itu berjalan... Puas kami cuba mengekori, ketika itu saya sudah mula berasa seram. Saya beristighfar sambil membaca al-Fatihah dan ayatul Kursi," ceritanya.

Menyedari sesuatu yang tidak kena, Kamarul berkata, dia bertindak memecut kenderaannya bagi memintas wanita itu dan alangkah terkejutnya apabila mendapati kelibat itu tidak mempunyai wajah.

Kerana terlalu terkejut, kereta dipandunya memasuki laluan bertentangan dan hampir terbabas apabila sebuah kenderaan melalui kawasan itu.

"Alhamdulillah saya cepat tersedar dan menarik stereng untuk masuk kembali ke laluan kami, kereta itu juga nasib baik tidak laju. Jika tidak sudah pasti kami bergelar jenazah di malam pertunangan kami," imbaunya terhadap kejadian yang berlaku dua tahun lalu itu.

Muadzam 2

Kamarul memberitahu rupa-rupanya ramai sudah menjadi mangsa ketika melalui jalan itu.

Dalam situasi panik itu, Kamarul melihat wajah Nurul Aina pucat lesi dan terdiam dalam kereta sebelum dia mengambil keputusan untuk singgah di sebuah gerai di tepi jalan bagi menenangkan diri.

Ketika berjalan ke arah gerai itu, pemiliknya memberitahu perniagaan mereka sudah ingin tutup dan Kamarul meminta kebenaran untuk berehat seketika sementara peniaga itu mengemas barang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Melihatkan keadaan Nurul Aina seperti hilang semangat, dia membaca beberapa potong ayat al-Quran pada air botol yang dibawa sebelum menyapu airnya ke wajah wanita itu.

"Ketika semangatnya sudah kembali pulih, Nurul Aina seperti seakan-akan tidak percaya dengan apa mereka lihat kerana betul-betul menyangka wanita itu adalah manusia," katanya.

Sempat berbual mengenai pengalaman ngeri itu bersama ahli keluarga selepas majlis pertunangan mereka, Kamarul memberitahu kisah wanita misteri itu bukan perkara baharu sebaliknya sudah ramai pengguna jalan raya terserempak dengannya ketika melalui jalan Muadzam Shah ke Bandar Chini.

"Ada mengatakan kalau kita terus ikut di belakangnya dan tidak memotong, kenderaan dipandu akan terbabas atau merempuh kenderaan lain. Ia membuat kita lalai dan leka... Sebaik-baiknya jangan dikejar atau mengekorinya. Ia pengalaman yang akan saya dan isteri kenang sampai bila-bila," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wajah bayi berkedut seperti berusia 80 tahun