suria

“Ada orang dengki dekat mu!” - Setengah tahun adik meracau, rupa-rupanya ada orang tanam patung hitam dekat rumah

Patung hitam yang ditemui berhampiran rumah Mimie dan adiknya, beberapa hari lalu.

SUNGGUHPUN kita sudah memasuki era moden, percaya atau tidak, masih wujud individu yang menggunakan kaedah sihir khususnya bagi menjatuhkan musuh atau orang lain yang tidak disukai.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna media sosial memuat naik satu video yang memaparkan penemuan barang sihir yang didakwa ditanam pihak tak bertanggungjawab berhampiran kediamannya.

"Ini barang yang ditanam area rumah... mujur jumpa," demikian kapsyen pada video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan kongsi cara batal sihir dihantar nak tutup periuk nasi! Ramai peniaga tak tahu rupa-rupanya tak boleh sembarangan ambil duit pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja dakwa ada deria ke-6 suka kongsi video di TikTok, nampak gerbang ke alam bunian di belakang rumah - “Kalau benda hilang, mereka yang pinjam”

Sehingga kini, ia meraih lebih daripada 1.3 juta jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam dimuat naik!

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mimie Yasmie berkata 'bahan sihir' tersebut ditemui selepas keluarganya memanggil seorang pengamal perubatan tradisional untuk merawat adiknya.

"Sebetulnya kami sekeluarga tak tahu benda itu ditanam oleh siapa, atau kepada siapa ia ditujukan. Yang pasti ia ditanam dan ditemui di satu lokasi antara kediaman saya dan kediaman adik.

"Kami tinggal berselang blok sahaja di kawasan perumahan ini. Lokasi tempat benda yang ditanam itu di tepi jalan di laluan rumah kami berdua.

"Sebenarnya kalau ikutkan, dah hampir setengah tahun adik saya mengalami masalah seperti meracau dan dah berubat. Baru-baru ni apabila adik saya kena lagi, kami jemput seorang pengamal perubatan yang disarankan jiran.

"Dia 'scan' dan beritahu ada barang yang ditanam dekat-dekat rumah kami serta minta gali di lokasi yang dia tunjukkan. Kalau ikutkan saya tak percaya sihir semua ni, tapi masa rakam dan jumpa benda tu, terkejut sangat. Tergamaknya mereka mensyirikkan Allah," kata wanita berusia 30 tahun ini.

patung 2

Mimie sudah lebih enam tahun berkecimpung dalam bisnes produk kecantikan.

Mimie mendedahkan, 'benda' yang ditemui itu adalah patung kecil berwarna hitam dan diikat menggunakan benang didakwa dari Thailand.

"Sebelum-sebelum ini masa adik meracau dan dalam keadaan tak sedar, dia kerap kali sebut nama saya dan beritahu ada orang dengki dengan saya sebab saya buat bisnes.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi pengamal perubatan yang rawat adik baru-baru ni tak beritahu kami apa-apa, siapa yang hantar atau kepada siapa sihir itu ditujukan. Dia hanya beritahu 'benda' itu akan terkena kalau orang lemah semangat.

Sebelum-sebelum ini masa adik meracau dan dalam keadaan tak sedar, dia kerap kali sebut nama saya dan beritahu ada orang dengki dengan saya sebab saya buat bisnes.

MIMIE YASMIE

"Dan dia hanya rawat dan beritahu supaya kami jangan tinggal solat dan banyakkan zikir. Alhamdulillah, keadaan adik pun dah makin okay. Saya pun tak alami apa-apa yang aneh. Mudah-mudahan keluarga kami dilindungi," katanya yang sudah lebih enam tahun menjalankan bisnes produk penjagaan wajah.

Tidak mahu menuduh sesiapa, Mimie berkata dia sekadar memuat naik video tersebut sebagai perkongsian untuk peringatan dan pedoman bersama.

patung 3

Mimie bersama sebahagian daripada team bisnesnya.

"Jujur cakap, saya risau juga sebab kita ni buat bisnes. Apa yang boleh saya katakan, kalau sesiapa nak buat bisnes, buatlah betul-betul. Kalau nak tiru dari segi marketing pun tak apalah, asalkan jangan buat perkara di luar jangkaan.

"Sama-sama kita cari rezeki dan bersaing secara sihat. Ingatlah bahawa rezeki itu ditetapkan Allah. Kalau kamu berjaya dengan 'cara' itu di dunia, tapi tidak di sana kelak," katanya mengakhiri bicara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain