suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakaian tetap berbau selepas dicuci? Ini 4 sebabnya

Masalah baju berbau masam walaupun telah dijemur dibawah sinaran matahari sering terjadi.

RAMAI daripada kita mesti pernah mengalami masalah baju yang sudah dibasuh tiba-tiba berbau masam walaupun telah dijemur dibawah sinaran matahari.

Tuanglah sebotol pewangi pakaian ketika mencuci atau menggosok baju, bau itu tetap ada! Apa puncanya?

ARTIKEL BERKAITAN: Risau mata pedih semasa potong bawang? Cuba 4 cara ini

1. Mesin basuh terlebih muatan

Setiap mesin basuh mempunyai had muatan tertentu tapi kerana nak jimat, kita selalu sumbat sehingga penuh kerana tidak mahu membazir elektrik dan penggunaan air.

Mesin basuh juga perlu 'dibasuh' kerana terdapat banyak bakteria dan kotoran melekat padanya.

Tapi, apabila mesin terlebih muatan, ia tidak dapat membersihkan pakaian anda dengan baik lalu bakteria melekat pada fabrik.

2. Pakaian dibiarkan rendam terlalu lama

Merendam pakaian memang bagus bagi menanggalkan kotoran degil pada baju atau seluar. Tapi harus diingat, pakaian yang direndam terlalu lama boleh menyebabkan ia berbau.

Peluh yang melekat pada baju boleh menjadi penyebab pakaian berbau. 

3. Mesin basuh kotor

Tahukah anda, mesih basuh menyimpan banyak bakteria dan ia mungkin punca pakaian anda berbau! Sepatutnya ia perlu dicuci enam bulan sekali menggunakan serbuk pembersih mesin basuh.

4. Peluh melekat pada baju

Pakaian sukan biasanya basah dengan peluh. Sebaik-baiknya, asingkan dengan pakaian lain kerana ia mampu 'menyebarkan' bakteria kepada pakaian lain.

Artikel Lain