suria

Hand sanitizer habis terjual! Apa kata buat sendiri pembersih tangan anda

Tidak sukar membuat hand sanitizer sendiri!

SEJAK penularan wabak Covid-19 yang mencemaskan masyarakat dunia, ramai berpusu-pusu membeli topeng muka dan hand sanitizer sebagai langkah pencegahan.

Akibat kebimbangan itu, ada peniaga menaikkan harga selain bekalan kedua-dua barang itu habis terjual.

Tapi jangan bimbang, anda sebenarnya boleh membuat sendiri pembersih tangan di rumah dan caranya juga cukup mudah!

ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian tetap berbau selepas dicuci? Ini 4 sebabnya

Bahan-bahannya: 

2/3 cawan alkohol isopropil

1/3 cawan jel lidah buaya

1 sudu minyak vitamin E

8-10 titik pati minyak essential seperti lavender, pudina atau lemon untuk bau wangi

Ketika ini bekalan penutup wajah dan pembersih tangan banyak habis di farmasi. 

Campurkan semua bahan-bahan itu dalam bekas dan gaul rata. Jika terlalu cair, tambahkan lagi jel lidah buaya.

Kandungan alkohol isopropil dapat membunuh bakteria dan virus manakala jel lidah buaya dan minyak vitamin E mampu menjaga kulit anda agar tetap lembab.

Manakala minyak essential bukan sahaja dapat menghasilkan aroma wangi kepada hand sanitizer anda malah dapat menjadi agen antibakteria dan antivirus.

Bagaimanapun, mencuci tangan menggunakan sabun dan air suam masih merupakan kaedah terbaik untuk menghilangkan kuman dan terhindar daripada bahaya.

Nota: Berhati-hati ketika mencampurkan semua bahan-bahan tersebut dan jauhkan daripada kanak-kanak. Semua bahan yang disenaraikan boleh dibeli di farmasi. - WikiHow

Artikel Lain