Benarkah kucing takut dengan botol air sirap? - I-suke | mStar

Benarkah kucing takut dengan botol air sirap?

Kucing dikatakan takut dengan botol yang disi air putih atau air sirap.

PENCINTA kucing pastinya tahu pelbagai petua mengenai haiwan kesayangannya itu.

Namun, bagi yang tidak gemarkan haiwan ini, pelbagai petua dibuat untuk memastikan si kucing tidak menjengah atau lepak di kawasan kediaman mereka.

Lebih geram lagi, jika kedatangan kucing-kucing luar ini memberi pengalaman kurang baik kepada mereka apabila si bulus-bulus ini meninggalkan 'hadiah' yang kurang menyenangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing sering usap kepala dibadan anda? Ketahui 8 'bahasa' si bulus

Ironinya, semakin dihalau semakin kerap pula si kucing ini datang melepak. Dan dari situ timbullah idea untuk menakutkan kucing-kucing ini dengan meletakkan botol air di sekitar halaman rumah.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan kucing ini menjengah ke tempat menjadi kegemarannya.

Botol air sirap

Lain orang, lain petuanya. Malah pelbagai cara untuk menakutkan haiwan comel ini yang antara yang sering menjadi pilihan adalah mengisi air sirap ke dalam botol dan susun di kawasan pilihan.

Ada juga juga yang mengisi air putih ke dalam botol dan meletakkan di kawasan tertentu bagi menakutkan kucing. Foto kredit japangasm

Namun persoalannya adakah idea ini benar-benar menjadi? Atau adakah geng si bulus ini tidak lagi ke tempat larangan itu?

Berkongsi pengalaman ini, salah seorang pencinta kucing, Ayu Sofea Shaari memberitahu, dia ada mendengar mengenai petua botol air sirap ini dan telah cuba mempraktiknya di rumah.

"Saya ada tiga ekor kucing yang memang tinggal dalam rumah sahaja dan tak pernah keluar rumah. Salah seekornya memang suka buat perangai kencing di depan pintu bilik saya.

"Setiap kali saya tak ada di rumah, memang port dia kat situ. Jadi apabila dengar pasal petua botol sirap ni, saya pun cubalah.

"Malangnya ia tidak menjadi, sebaliknya ketiga-tiga ekor kucing itu jadikan botol sirap sebagai barang mainan. Langsung tidak takut," jelasnya ringkas kepada mStar.

Pengalaman tersebut membuktikan setiap petua yang dicadangkan tidak semua menjadi.

Jadi apa pula pandangan anda? Benarkah kucing takut dengan botol air sirap... atau mungkin ada petua yang lebih sesuai bagi menakutkan si bulus ini.

Kucing , takut , air sirap , merah , petua

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hello! Jangan malu pakai topeng muka....

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain