suria

Rakyat Malaysia memang sopan santun, tapi ada 4 tabiat buruk yang perlu diubah

Walaupun rakyat Malaysia hidup harmoni sungguhpun berbeza agama dan bangsa, namun segelintir daripada kita masih mempunyai tabiat buruk yang boleh ‘mencacatkan’ suasana dan imej Malaysia di mata orang luar.

MALAYSIA sememangnya negara yang unik!

Bukan saja terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama, kita juga kaya dengan pelbagai jenis makanan yang ‘kena’ dengan tekak masing-masing walaupun ia juadah tradisi kaum lain.

Jurang perbezaan ini bukan sesuatu yang janggal kerana rakyat negara ini menghormati hak masing-masing, sekaligus keadaan ini mewujudkan suasana aman dan harmoni.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit gaji cepat habis? Ketahui tip pengurusan kewangan agar tidak ‘sengkek’ hujung bulan 

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terus buang! Ada 4 perkara anda perlu tahu tentang sisa makanan... buat baja pun boleh 

Walaupun begitu, masih ada segelintir daripada kita yang mempunyai tabiat buruk yang sedikit sebanyak boleh ‘mencacatkan’ suasana dan imej rakyat Malaysia di mata orang luar.

1) Berebut lif

Ini suasana yang biasa kita lihat di kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah atau stesen tren. Perlu diingatkan, lif lebih diutamakan bagi mereka yang membawa stroller anak kecil, ataupun golongan kurang upaya.

Selain itu, perlu juga tahu adab menaiki lif, iaitu menunggu sehingga orang di dalam keluar terlebih dahulu sebelum memasukinya.

Lif patut diutamakan bagi ibu bapa yang membawa anak kecil atau orang kurang upaya. (Gambar hiasan)

2) Laluan kecemasan

Situasi ini lazim terjadi apabila jalan raya sesak teruk. Justeru, segelintir daripada kita mengambil kesempatan dengan menggunakan laluan kecemasan untuk menjimatkan masa. 

Perbuatan ini sudah semestinya salah di sisi udang-undang, namun masih ramai yang belum sedar. Sikap pentingkan diri ini bukan saja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain seperti penunggang motosikal, tetapi ia juga menyukarkan pasukan perubatan atau pihak polis sekiranya berlaku kecemasan.

3) Cop parking kereta

Zaman sudah moden, namun masih ada segelintir rakyat kita yang berfikiran kolot. Ini juga salah satu sikap pentingkan diri yang menyusahkan orang lain. 

Jika ada yang masih belum tahu, perbuatan ini boleh didakwa di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hukuman bagi pesalah 'cop parking' ditetapkan mengikut Seksyen 119 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara maksimum 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Masih ada rakyat yang berfikiran kolot apabila meletakkan tanda di petak parking kereta untuk menghalang orang lain menggunakannya. 

4) Membuang sampah keluar kenderaan

Masih ramai yang kurang kesedaran sivik apabila sewenang-wenangnya membuang sampah atau puntung rokok dari tingkap kenderaan. Sungguhpun sampah kecil, namun perbuatan ini memberi impak yang besar. Bayangkan jika anak anda mewarisi sikap buruk ini, bukankah ia sesuatu yang memalukan?

tabiat buruk, Malaysia, parking, lif

Artikel Lain