suria

Jangan terus buang! Ada 4 perkara anda perlu tahu tentang sisa makanan... buat baja pun boleh

Sisa makanan sebenarnya boleh dimanfaatkan sebagai baja menerusi proses kompos.

KAJIAN menunjukkan lebih dari 16,000 tan sisa makanan dibuang oleh rakyat negara ini setiap hari yang mana daripada jumlah itu mampu memberi makanan kepada 12 juta orang untuk tiga kali sehari.

Angka tersebut bagaimanapun terus meningkat kepada 15 hingga 20 peratus pada musim perayaan apabila lebih banyak sisa makanan dibuang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu rumah selesa, tapi ramai abaikan kebersihan terutama 6 perkara ini

Menerusi angka tersebut, jelas sekali pembuangan sisa makanan yang sering dipandang ringan sebenarnya meninggalkan kesan buruk.

Dan mungkin ramai tidak tahu, pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global berpunca daripada sisa makanan.

Kompos daripada sisa makanan boleh dijadikan sebagai bahan menanam dan baja semulajadi.

Hal itu berlaku apabila ia mengeluarkan sejenis gas mudah terbakar semasa penguraian iaitu sebatian sama yang dihasilkan semasa pengeluaran arang batu dan minyak.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sudah tiba masanya kita memberi lebih penekanan kepada pembuangan sisa makanan. Tip ringkas ini mungkin boleh membantu anda.

1. Guna semula sisa dengan kreatif

Sisa makanan seperti tulang ayam atau daging, sayur-sayuran serta kulit buah limau sebenarnya boleh digunakan semula. Seperti tulang ayam, mengapa tidak jadikan ia sebagai sup dan boleh dimasukkan lebihan sayur.

Manakala kulit buah limau sebagai jeruk atau dikisar halus dan dijadikan baja?

Lebihan makanan juga boleh disumbangkan kepada golongan memerlukan.

2. Sumbangkan kepada golongan memerlukan

Jika anda membuat kenduri sebagai contoh tidak salah bungkuskan lebihan makanan dan edarkan kepada jiran atau golongan memerlukan daripada ia dibiarkan basi dan seterusnya dibuang.

Selain dapat mengelakkan pembaziran anda juga mendapat pahala.

3. Kulit telur

Siapa kata kulit telur tiada kegunaan? Kisar semua kulit telur sehingga menjadi serbuk dan taburkan dalam tanaman anda kerana ia dapat menjadi sumber kalsium pada tanah sekali gus menjadikan tanaman anda segar.

Proses kompos memberi banyak manfaat kepada alam sekitar.

4. Kompos

Jika ada bajet lebih apa kata laburkan wang anda dengan membeli mesin pengomposan makanan. Hasil daripada proses itu, ia dapat digunakan sebagai baja semula jadi buat tanaman anda.

Selain beberapa tip itu, anda juga boleh melakukan perubahan dengan mengamalkan perkara ini;

1. Berbelanja dengan lebih bijak dan kurangkan pembaziran dengan hanya membeli apa diperlukan.

2. Simpan baki makanan untuk dimakan kemudian.

3. Pantau sisa buangan anda.

4. Gunakan kompos untuk bercucuk tanam.

Sejajar dengan itu, pihak Sunway City telah menjalankan kempen Food CPR - COMPOST. PLANT. REDUCE yang turut melibatkan 35 rakan kerjasama dalam usaha mengurangkan pembuangan sisa makanan.

Pihak Sunway City sangat komited dengan kempen mengurangkan pembuangan sisa makanan.

Bagi memastikan usaha itu membuahkan hasil, Sunway City telah menggunakan Mesin Pengomposan Sisa Makanan bagi memproses sisa makanan di hotel di bawah jenama itu.

Sejak Julai 2019, sejumlah 5.9 tan sisa makanan telah ditukar kepada kompos dan menjelang hujung tahun ini, mereka menjangkakan akan mengompos 20 tan sisa makanan.

Hasil kompos itu pula digunakan sebagai baja untuk landskap di Sunway City dan dijangka membekalkan kompos itu kepada pihak lain pada masa hadapan.

Jika berkesempatan sehingga 6 Oktober ini, Sunway Pyramid ada mengadakan program di LG2 Central Avenue yang mana pengunjung berpeluang menyertai bengkel cucuk tanam, penanaman benih dan perhiasan pasu bunga yang semuanya menggunakan bahan kitar semula dan kompos!

Artikel Lain