Gemuk is awesome - Ketahui 5 alasan lelaki yang buatkan wanita XXL tersenyum bangga! - I-suke | mStar

Gemuk is awesome - Ketahui 5 alasan lelaki yang buatkan wanita XXL tersenyum bangga!

Pengacara terkenal Sherry Alhadad dan bintang Hollywood Rebel Wilson sentiasa tampil yakin walaupun memiliki badan bersaiz 'comel'.

MEMILIKI bentuk tubuh yang menawan lazimnya dianggap tiket buat wanita untuk mendapat kebahagiaan dek kerana kebanyakkan lelaki mengimpikan wanita dengan paras rupa cantik, selain kurus dan ramping.

Namun, bagaimana pula dengan nasib bagi wanita yang bersaiz XXL atau bertubuh gempal? Adakah mereka tidak layak untuk mendapat kebahagiaan?

Stigma masyarakat ini akhirnya berjaya ditepis dengan satu fakta yang diketengahkan Dr. Filemon Alvarado dan Dr. Edgardo Maroles dari Jabatan Psikologi Autónoma de México National University (UNAM).

Secara ringkasnya, ahli akademik ini bertanggapan -  wanita bertubuh gempal lebih membahagiakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 'rahsia' telur dalam mengurangkan berat badan!

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tertipu! 10 makanan ini nampak 'sihat', tapi sebenarnya pemusnah diet

Menurut kajian, lelaki yang berkahwin atau mempunyai hubungan dengan wanita bertubuh gempal adalah 10 kali ganda lebih bahagia berbanding dengan kaum hawa berbadan ramping.

Jadi, siapa sangka wanita yang bertubuh gempal mampu memberikan kebahagiaan kepada pasangannya berbanding dengan wanita bersaiz S.

"Gemuk is awesome", jadi jangan bimbang jika anda tersenarai di antara wanita bertubuh gempal.

Memiliki tubuh yang berisi tidak menghalang seseorang itu untuk terus bergiat aktif .

Ini kerana terdapat beberapa faktor serta alasan yang membuatkan jejaka lebih bahagia di samping anda. Semestinya alasan-alasan ini akan membuatkan anda tersenyum bangga.

1. Sedap untuk dipeluk

Ini adalah sebab utama mengapa lelaki lebih bahagia bersama wanita bertubuh gempal. Wanita yang memiliki tubuh berisi atau sedikit montok membuatkan lelaki selesa untuk dipeluk.

Manakala, bagi lelaki memiliki pasangan yang terlalu kurus sangat membosankan serta kelihatan tidak menarik berbanding mereka yang berisi.

2. Peneman ketika makan

Kalau ikutkan nafsu makan wanita yang bertubuh ramping, semua makanan ditolaknya dengan alasan untuk menjaga badan atau diet. Tingkah laku seperti ini membuatkan lelaki 'turn off' dengannya.

Berbeza pula dengan wanita bertubuh gempal ini, semestinya mereka mempunyai citarasa makan yang tinggi sama seperti kaum lelaki.Rasa bahagia akan tercetus apabila mereka turut join sekaki untuk menghabiskan makanan itu bersama-sama.

Badan bersaiz XXXL tidak menghalang anda untuk kekal berfesyen.

3. Memiliki aset idaman lelaki

Wanita berisi sememangnya beruntung kerana memiliki aset idaman lelaki seperti mempunyai pinggul serta dada yang bidang. 

Tidak dinafikan rata-rata lelaki inginkan wanita yang memiliki aset yang besar kerana mereka percaya wanita berisi lebih menghairahkan dan menyenangkan saat melakukan hubungan intim.

4. Lebih subur

Menurut kajian dari Universiti of Texas, wanita yang tubuhnya berisi dikatakan lebih subur dan badan sebegini tidaklah terlalu gemuk serta kelihatan lebih sihat.

Disamping itu, kajian tersebut menyatakan bentuk badan wanita yang paling sempurna adalah dengan memiliki ketinggian 168 sentimeter (sm), dada bersaiz 99 sm, pinggang 63 sm serta pinggul 91 sm.

5. Berkeyakinan tinggi

Sikap positif yang dimiliki oleh wanita bertubuh besar secara tidak langsung membantu menambahkan keyakinan diri yang tinggi.

Melalui cara pergaulan mereka seperti berkomunikasi, ketawa, berkata-kata dan berhubung mata dengan orang ramai tanpa rasa malu membuatkan lelaki lebih tertarik. Selain menunjukkan sikap berani, berdikari serta percaya diri yang tinggi.

Akhir sekali, satu pesanan buat wanita yang bertubuh gempal di luar sana - jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan lakukan senaman secara konsisten agar kekal sihat.

Wanita , gemok , idaman , lelaki

Artikel Berkaitan

Artikel Lain