suria

Duit gaji cepat habis? Ketahui tip pengurusan kewangan agar tidak ‘sengkek’ hujung bulan

Antara penyebab utama masalah stres adalah kelemahan mengurus kewangan dengan bijak.

ALAMAK! Baru dua minggu dapat gaji tapi duit sudah hampir habis.

Masalah ini pasti dihadapi setiap orang yang dikategorikan golongan berpendapatan sederhana dan rendah, khususnya orang muda.

Pastinya serabut memikirkan bagaimana nak bertahan sehingga hujung bulan sebelum gaji baru masuk. Tambahan pula ketika cuti umum, pastinya ada antara kita mahu pulang ke kampung atau bercuti, sekali gus memerlukan perbelanjaan tambahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah jerawat tidak berkesudahan? Ini 5 tip cuci wajah guna cuka epal 

ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya kelemahan diri ketika temuduga, ini 4 tip berguna tak tutup peluang dapat kerja 

Takkan mahu selamanya diselubungi masalah yang sama setiap bulan? Ayuh, cuba ikuti tip pengurusan wang agar 'tidak sengkek' ketika hujung bulan.

1) Buat bajet

Biasakan diri apabila gaji masuk, asingkan terus wang untuk perbelanjaan tetap (kereta, rumah, bil utiliti) dan perbelanjaan sampingan seperti bercuti atau membeli belah.

2) Beli barangan keperluan, bukan kehendak

Sekiranya anda mahu berbelanja, pertimbangkan dahulu sama ada barangan tersebut merupakan barangan keperluan atau hanya kehendak peribadi. Contohnya, usah kerap menukar telefon bimbit. Ukurlah baju di badan sendiri terlebih dahulu.

Telefon bimbit sememangnya barang keperluan, namun elakkan tabiat suka menukar semata-mata mahu ikut trend.

3) Perbandingan harga

Jangan rasa malas untuk membuat perbandingan harga terutamanya barang-barang yang bernilai tinggi. Contohnya barangan elektrik atau kelengkapan rumah. Percayalah, tabiat ini akan memberi manfaat kepada anda walaupun kelihatan leceh.

4) Pinjaman peribadi dan kad kredit

Elakkan membuat pinjaman peribadi terutama bagi golongan muda. Terdapat segelintir yang tidak berfikir panjang dan membuat pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang, biaya majlis perkahwinan dan sebagainya. Ini kerana sebahagain besar wang anda akan dihabiskan untuk membayar faedahnya saja. Elak diisytiharkan muflis pada usia muda.

Untuk kurangkan beban hutang, elak gunakan kad kredit.

5) Gaya hidup

Sekalipun gaji anda mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan, namun gaya hidup yang terlalu boros juga menyebabkan wang gaji anda susut. Usah terlalu mengikut trend dengan mengunjungi kafe mahal atau membeli baju berjenama untuk 'menunjuk'.

Usah terlalu mengikut trend kunjungi kafe mahal semata-mata mahu abadikan gambar di laman sosial.

6) Menabung

Akhir sekali, langkah paling mudah adalah menabung. Disiplinkan diri menabung dari sekecil-kecil duit syiling sehingga sejumlah wang yang anda peruntukkan setiap hari. Contonhya, RM5 setiap hari. Ketika sengkek, barulah anda sedar betapa pentingnya menabung.      

tip, kewangan, gaji

Artikel Lain