5 perkara ini boleh 'menghangatkan' kembali suasana bilik tidur anda - I-suke | mStar

5 perkara ini boleh 'menghangatkan' kembali suasana bilik tidur anda

Sedikit kreativiti dalam menghias bilik tidur mampu memberikan impak berbeza kepada ruang itu. Foto AZMAN GHANI

BILIK tidur adalah tempat paling peribadi bagi seseorang dan di ruang inilah anda bebas untuk menzahirkan kreativiti dalam mencipta suasana nyaman untuk tidur sama ada ketika nap atau tidur sekejap di siang hari atau di kala malam.

Biasanya kita akan menghias bilik atau sekurang-kurangnya menukar cadar berdasarkan musim atau mood anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Indahkan kediaman dengan 5 idea gaya bohemian

Seperti musim panas, kita mungkin akan lebih selesa jika tempat tidur menggunakan warna-warna lembut manakala jika musim hujan lebih sesuai menggunakan cadar berwarna gelap bagi mencipta suasana nyaman.

Tapi biasanya, apabila ingin mengubah suasana bilik tidur itu memang akan menjadi masalah besar sehingga adakalanya proses ubah suai itu tergendala begitu sahaja.

Sedikit sentuhan dan keberanian boleh menjadi katil yang kosong menjadi tempat yang selesa.

Apa kata ikut beberapa tip ini bagi memudahkan anda mengubah hiasan bilik anda dengan sekelip mata!

1. Bagi mencipta ruang yang berbeza anda boleh menukar beberapa perabot kecil atau aksesori seperti meja atau karpet. Tambah aksesori lain seperti buku atau lampu hiasan yang pasti mewujudkan suasana berbeza.

2. Jika katil anda dirapatkan ke dinding apa kata cuba letakkannya di tengah bilik dan percayalah ia akan mengubah keseluruhan mood dalam bilik anda.

3. Ketika ada bajet berlebihan, apa kata tukar warna dinding dengan kertas dinding yang mampu memberi impak berbeza kepada dekorasi bilik anda.

Katalog terbaharu IKEA memfokuskan kepada bilik tidur. 

4. Tidak salah jika meletakkan tumbuhan hijau sama ada plastik atau yang sebenar dalam bilik anda. Ia mampu memberi suasana nyaman dan terapi di waktu pagi.

5. Cadar katil juga sangat memainkan peranan dalam menghias bilik dan jangan gusar jika tidak tahu membuat pilihan kerana pusat beli-belah perabot terkemuka IKEA memperkenalkan kempen bertemakan Make Home Count sepanjang 2020 yang menumpukan khusus kepada bilik tidur.

Menerusi kempen itu, IKEA menekankan usaha melaksanakan perubahan kecil dalam bilik tidur namun memberi impak besar dengan menggunakan tekstil berbeza, aksesori dan kreativiti.

Paling penting, barangan yang ditawarkan adalah mampu milik menerusi pelbagai barangan untuk bilik tidur seperti cadar, langsir, katil, tilam, bantal dan sebagainya. Rujukan dan inspirasi bukan sahaja boleh dilihat menerusi pameran di IKEA malah katalog terbaharunya memfokuskan kepada bilik tidur. Jadi, apa tunggu lagi?

Bilik tidur , IKEA , dekorasi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain