suria

5 kamera dalam 1 peranti, Huawei Nova 5T dijual pada harga RM1,599

Huawei Nova 5T mencuri perhatian apabila ditawarkan pada harga serendah RM1,599 sahaja. Foto FAIHAN GHANI

GERGASI teknologi, Huawei sekali lagi menjadi perbualan hangat dengan pelancaran peranti terbaharu mereka, Nova 5T.

Dilancarkan secara rasmi pada Selasa, model serba lengkap itu cukup mencuri tumpuan apabila ditawarkan pada harga serendah RM1,599 sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Serlahkan kreativiti anda, Samsung Galaxy Note10 ditawar pada harga bermula RM3,699

Apa yang istimewa, ia menawarkan lima kamera dalam satu peranti.

Dengan empat kamera di bahagian belakang yang cukup mantap, kamera selfie di bahagian hadapan juga tidak kurang hebatnya.

Ia merangkumi kamera utama 48 megapiksel, kamera ultra wide angel 16 megapiksel, kamera makro/extreme close up 2 megapiksel dan kamera depth shot 2 megapiksel.

Ia dilengkapi dengan empat kamera yang memberi kepuasan kepada penggemar fotografi.

Untuk selfie sempurna anda, Huawei Nova 5T dijana dengan kamera hadapan 32 megapiksel.

Malah, mod AIS Super Night membolehkan anda berkarya pada waktu malam dalam persekitaran gelap tanpa sebarang masalah.

Antara fungsi menarik lain termasuklah 3D Qmoji dan mod anti gangguan untuk kaki games di luar sana.

Peranti ini dijana oleh pemproses Kirin 980 octa core, hadir dengan 8GB ram dan storan 128GB.

Untuk jangka hayat bateri lebih panjang, ia memiliki kapasiti 3,750 mAh dan turut menyokong fungsi pengecasan pantas.

Boleh dibeli secara pra-tempah bermula Khamis (29 Ogos 2019), Huawei Nova 5T menawarkan tiga seleksi warna iaitu ungu, biru dan hitam.

Selain pra-tempah menerusi gedung dalam talian rasmi Huawei, ia juga akan mula dijual di kedai-kedai di seluruh negara bermula 7 September depan.

Menariknya jika ada yang membuat pembelian terus Nova 5T di kedai rasmi Huawei, anda akan mendapat dua pembesar suara mini dan satu alat pencegas kereta jenama itu.

Jadi apa lagi, buat pembelian anda dengan klik di sini!

Huawei, Nova 5T

Artikel Lain