suria

Kajian mendapati guna emoji dalam mesej lebih peluang dapat kekasih

Penggunaan emoji dalam pesanan mesej meningkatkan peluang untuk seseorang menyukai anda.

PERBUALAN menerusi WhatsApp yang biasa boleh menjadi menarik dengan penggunaan fungsi emoji dalam menunjukkan sesuatu situasi atau perasaan.

Malah ada kajian yang dilakukan oleh Institut Kinsey menunjukkan penggunaan emoji menerusi mesej yang dihantar meningkatkan potensi seseorang yang mencari cinta untuk mendapat kekasih.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 kamera dalam 1 peranti, Huawei Nova 5T dijual pada harga RM1,599

Daripada 5,327 responden kajian itu, 38 peratus memberitahu mereka tidak pernah menggunakan emoji ketika menghantar mesej manakala 29 peratus yang lain memberitahu jarang menggunakan fungsi itu di telefon mereka.

Bagaimanapun 28 peratus daripada responden secara konsisten menggunakan emoji kepada kekasih atau individu yang disukai mereka.

Hasil kajian itu juga menunjukkan individu yang menggunakan emoji lebih mudah mendapat kekasih.

Penggunaan emoji sudah menjadi kebiasaan ketika menghantar mesej.

Tetapi persoalannya, apa perkaitan penggunaan emoji dengan peluang mendapat pasangan?

Menurut pengkaji itu, mereka yang menggunakan emoji menunjukkan kecekapan emosi lebih tinggi dalam menarik perhatian orang lain ketika berkomunikasi.

Bagaimanapun ramai di antara penggemar emoji tidak sedar akan hal tersebut kerana menganggap ia adalah perkara yang tidak membawa sebarang maksud.

Sebaliknya penggunaan fungsi itu 53 peratus mewakili personaliti mereka, 24 peratus untuk ekspresi perasaan, 20 peratus untuk menulis lebih cepat dan 13 peratus menggunakan emoji kerana merasakan ia trend terkini.

Emoji tidak terbatas kepada smiley sebaliknya terdapat pelbagai seperti haiwan, kenderaan, buah-buahan dan sayuran.

Sebaiknya berhati-hati memilih emoji yang tepat untuk dikirim kepada orang lain kerana bimbang ia membawa maksud lain yang disalah ertikan.

Jadi sebaiknya, guna emoji pada pengakhiran ayat bagi menjadikan mesej yang dihantar lebih ikhlas dan ekspresif.

Emoji, Mesej, WhatsApp

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain