suria

Tak semua makanan boleh disumbat dalam peti sejuk, ini 7 item yang anda perlu elakkan

Sesetengah orang menjadikan peti sejuk sebagai tempat untuk menyimpan segala jenis makanan mahupun minuman, namun tidak semua sesuai disimpan dalam suhu sejuk.

SESETENGAH individu menganggap peti sejuk sebagai tempat untuk menyimpan segala jenis makanan mahupun minuman.

Mereka beranggapan menyimpan makanan di dalam peti sejuk akan membuatkannya tahan lama dan tidak berkulat.

Kebiasaannya, baki makanan sering disimpan di dalam peti sejuk, selain sayur-sayuran atau bahan basah yang dibeli.

ARTIKEL BERKAITAN: Indahkan kediaman dengan 5 idea gaya bohemian 

ARTIKEL BERKAITAN: Suka shopping online waktu malam? Jaga-jaga anda mungkin sedang 'digoda' 

Awas, tabiat ini sebenarnya bukan akan membuatkan makanan tahan lebih lama, sebaliknya ia mempercepatkan proses merosakkan makanan tersebut.

Berikut merupakan makanan yang perlu anda elak untuk disimpan di dalam peti sejuk:

1) Tembikai

Kajian mendapati tembikai mengekalkan lebih banyak antioksidan sekiranya diletakkan di suhu bilik.  Iya, semua orang mesti menggemari tembikai yang sejuk, namun ada cara untuk menyimpannya agar kekal segar. 

Bungkus semula tembikai yang dipotong dengan pembalut lutsinar plastik (plastic wrap). Jika tanpa pembalut, ia akan menyerap rasa makanan lain.  

2) Tomato

Tomato adalah sejenis sayur yang patut anda elakkan untuk disimpan di dalam peti sejuk. Menyimpannya di dalam peti sejuk bukan hanya akan membuatkannya kehilangan rasa asli, tetapi akan memecahkan molekul dan tomato tersebut tidak pejal seperti waktu dibeli. 

Simpan sahaja tomato di ruangan terbuka bagi memastikan kesegarannya.

Tomato hanya perlu disimpan di tempat terbuka bersuhu bilik untuk memastikan kesegarannya.

3) Tuna dalam tin

Sungguhpun ia berasaskan ikan, namun tidak bermakna ia perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sebenarnya, menyimpan tuna di dalam pantry atau kabinet  membuatkannya tahan lebih lama sebagaimana tarikh luput yang tertera. Namun, jika tin tuna sudah dibuka, pindahkan ke dalam bekas kecil dan simpan di dalam peti.

4) Kentang

Kentang tidak sesuai disimpan di dalam suhu sejuk kerana ia akan menjadi sangat lembab dan tidak berkualiti untuk dimasak kerana kanjinya telah pecah. Cukup untuk menyimpan kentang di dalam raga kecil yang diletakkan di tempat kering. 

Ingat, kentang yang disimpan terlalu lama sehingga kehijauan dan ditumbuhi tunas juga tidak lagi elok untuk dimasak kerana ia mengandungi toksin.

Menyimpan kentang dalam peti sejuk menjadikannya sangat lembab dan tidak berkualiti untuk dimasak kerana kanjinya telah pecah.

5) Rempah

Rempah merupakan sejenis bahan masakan yang mengandungi aroma. Menyimpannya di dalam suhu sejuk akan memecahkan dan menghilangkan rasa semula jadi rempah berkenaan. Hanya perlu simpan di dalam botol atau bekas kecil yang diletakkan di ruang kering bersuhu bilik untuk hasil masakan terbaik.

6) Madu

Menyimpan madu di dalam peti hanya akan membuatkannya menjadi keras dan berketul-ketul. Madu adalah bahan perisa yang terbaik, justeru ia perlu disimpan sebaiknya agar kekal dalam keaslian tersendiri.

Madu perlu disimpan sebaiknya agar ia kekal dalam keaslian tersendiri.

7) Nutella

Menyimpan nutella di dalam peti sejuk bukan satu tindakan yang bijak. Tindakan ini hanya menyebabkan ia bertambah pekat dan menyukarkan anda untuk menyapunya pada roti, malah rasa coklatnya juga tidak seperti asal. Sebaiknya, simpan di ruangan kering seperi pantri atau kabinet makanan. Jangan lupa, pastikan bekasnya sentiasa ditutup kemas.




peti sejuk, tembikai, tuna, tomato

Artikel Berkaitan

Artikel Lain