suria

Nampak ‘stylo’, tapi awas... guna headphone, earphone boleh buat anda jadi pekak!

Kurangkan penggunaan earphone dan headphone dalam aktiviti harian.

BUKAN lagi satu isu yang asing kerana sudah jadi trend masyarakat sekarang khususnya generasi muda gemar memakai earphone atau headphone untuk mendengar muzik, bermain game, serta menonton filem.

Malah, terdapat juga segelintir masyarakat mengenakan headphone semata-mata untuk tampil bergaya. Namun sedarkah anda akan kesan yang bakal menimpa?

Berdasarkan kajian, penggunaan kedua-dua peranti ini boleh mendatangkan kesan negatif yang berpanjangan kepada kesihatan telinga anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Benda boleh dapat 'free' kenapa bayar? Ini 5 barang boleh diperolehi percuma atas pesawat

Satu kajian mendapati, mendengar melalui earphone dengan kenyaringan tinggi boleh menyebabkan kemampuan pendengaran merosot. Hasil kajian penyelidikan dari Committee on Emerging and Newly Identified Health Risks mendapati risiko kehilangan pendengaran boleh terjadi seawal pertengahan usia 20-an.

Manakala, menurut myhealth.com walaupun kehilangan pendengaran disebabkan bunyi tidak menyakitkan namun ia memberi kesan negatif secara perlahan-lahan serta bersifat kekal.

Tahukah anda, salah satu faktor penyumbang kepada kerosakan deria pendengaran adalah penggunaan earphone dan headphone yang terlalu lama!

Jadi, berikut adalah lima langkah bagi mencegah diri anda dari pekak:

Penggunaan earphone berpanjangan akan menyebabkan jangkitan pada telinga anda.

1. Meminimumkan penggunaan earphone

Anda perlu sentiasa berjaga-jaga terutamanya bagi yang sering berkongsi menggunakan fon telinga kerana ini boleh menyebabkan penyebaran bakteria berlaku.

2. Elak penggunaan 'earbud'

Earbud mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang mampu memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai di luar teliga.

Terdapat radiasi kecil yang boleh menjejaskan kesihatan deria pendengaran serta otak anda. 

3. Tetapkan tahap bunyi 'MP3 Player' tidak lebih dari separuh

Gunakan tahap bunyi seminimum yang mungkin. Bunyi yang terlalu kuat akan mengakibatkan telinga anda menjadi pekak. Malah kajian turut mendapati, mendengar menggunakan earphone dengan kekuatan bunyi melebihi 100 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga anda mengalami rosak teruk.

4. Tetapkan setiap penggunaan earphone tidak lebih dari 90 minit

Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan earphone atau headphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh mengganggu fungsi otak.

5. Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan

Telinga kita memerlukan 16 jam untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.

earphone, headphone, pekak

Artikel Lain