suria

Suka shopping online waktu malam? Jaga-jaga anda mungkin sedang 'digoda'

Kajian menunjukkan kaum wanita lebih gemar membeli barangan dalam talian pada waktu malam.

TANPA disedari, sebenarnya individu yang gemar membeli secara dalam talian pada waktu malam telah dieksploitasi untuk menjadi seorang yang boros!

Sebab itu juga, peniaga dalam talian lebih gemar menghantar e-mel atau memuat naik promosi pada waktu malam.

Itu antara hasil kajian dilakukan oleh Martin Lewis iaitu seorang pakar kewangan peribadi di Money and Mental Health Policy Institute.

ARTIKEL BERKAITAN: Popular seluruh dunia, tapi 6 negara ini masih sekat WhatsApp!

Menurut laporan itu, sejumlah syarikat dalam talian akan menghantar e-mel promosi mereka di antara waktu tengah malam sehingga 5 pagi bagi bertujuan 'menggoda' pelanggan.

Jaga-jaga dengan tabiat suka membeli barangan dalam talian kerana anda mungkin sedang dieksploitasi oleh peniaga.

Dakwaan itu dibuat Lewis selepas mendapati terdapat kenaikan sebanyak 23 peratus terhadap kadar pembelian pada waktu malam oleh pembeli menggunakan kad kredit pada 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Malah kajian itu turut mendapati, satu daripada 15 barang yang dibeli menggunakan kad kredit dibuat di antara tengah malam sehingga pukul 6 pagi.

Dua pertiga daripada hasil jualan pada waktu itu juga dibuat oleh kaum wanita.

Terdahulu, satu kaji selidik turut mendapati bahawa 93 peratus mengakui membelanjakan lebih banyak wang ketika mereka tidak sihat manakala 40 peratus memberitahu terdapat kemungkinan mereka akan berbelanja dalam talian pada waktu malam.

Sementara itu, seorang lagi penyelidik di institut sama, Katie Alpin pula memberitahu masalah tidur yang dihidapi seseorang juga boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan pembelian pada waktu malam.

Online Shopping, beli-belah, Malam

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak