suria

Ketahui 10 fakta unik tentang kopi, boleh jadi punca perceraian!

Ramai yang tidak dapat memulakan hari mereka dengan baik jika tidak minum kopi. -Gambar hiasan

KOPI merupakan salah satu minuman popular di dunia sehinggakan setiap negara mempunyai jenis dan cara menikmati kopi yang berbeza.

Hari ini, kopi bukan hanya sekadar minuman sebaliknya mengisi sejarah negara-negara di dunia.

Agiboo sebuah laman web luar negara memberikan 10 fakta unik tentang kopi yang perlu kamu tahu, lebih-lebih lagi hari ini (1 Oktober) adalah Hari Kopi Antarabangsa.

Kopi mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. -foto BLOOMBERG

1. Kopi komoditi perdagangan terbesar kedua di dunia

Komoditi perdagangan terbesar di dunia adalah minyak mentah, diikuti dengan kopi.

Ya, kopi diminum dalam jumlah banyak oleh penduduk dunia, menjadikannya minuman paling dicintai selepas air minum. Nilainya lebih dari AS$100 bilion di seluruh dunia.

2. Hawai merupakan satu-satunya lokasi di Amerika yang ditumbuhi kopi

Starbucks adalah syarikat penjual kopi besar dunia berpusat di AS.

Namun, tanaman kopi hanya dilakukan di Hawai. Malah, Hawai sudah menghasilkan kopi sebelum AS terbentuk. Hanya baru-baru ini ladang-ladang di California mula menanam kopi.

3. Kopi ditemui oleh pengembala kambing

Kisahnya bermula di Ethiopia pada tahun 1500-an apabila seorang pengembala kambing melihat kambingnya makan kopi berbentuk buah ceri.

Kemudian, dia mengamati perubahan perilaku kambing-kambingnya. Selepas makan, haiwan itu mendapat jumlah tenaga yang tinggi dan tidak tidur di malam hari.

Si pengembala berkongsi tentang penemuannya itu kepada sami-sami dan setelah mereka menjadikannya minuman, mereka dapat berjaga sepanjang malam dan berdoa.

4. Kopi membantu atlet Olimpik

Pada tahun 1932, Brazil tidak mampu menghantar atletnya ke Los Angeles untuk Olimpik.

Sebagai penyelesaiannya, kerajaan 'meyumbat' mereka ke dalam kapal yang penuh dengan kopi yang dijual dalam perjalanan untuk membiayai perjalanan atlet.

5. Kopi paling mahal dihasilkan dari campuran tahi luwak


Kopi luwak yang dihasilkan dengan najis musang. -foto Jakarta Post

Ini merupakan fakta kopi yang berasal dari Indonesia. Kopi Luwak adalah kopi termahal di dunia.

Ia dihasilkan dari kopi yang dicerna dari Asian Palm Civet. Dengan kata lain, ia berasal dari najis luwak (musang).

Harga pasaran kopi ini di dunia mencecah €350 (RM1,597) sekilogram.

6. Makkah pernah larang kopi

Kopi dilarang di Makkah pada tahun 1511. Ini kerana kerajaan pada masa itu yakin bahawa kopi merangsang pemikiran radikal dan kemalasan.

7. Cerai kerana kopi tak sedap

Dalam budaya Arab kuno, seorang suami boleh menceraikan isterinya jika dia tidak menyukai kopi yang dibuat isterinya.

8. Kopi adalah buah

Bentuk kopi yang belum dipetik yang hampir sama dengan buah ceri menjadikannya dikategorikan sebagai buah. Ada dua jenis utama dari biji kopi iaitu hijau dan merah. Biji merah mempunyai aroma lebih bagus dan kurang asid, ia digunakan untuk menghasilkan kopi yang lebih ringan. Semakin lama kopi dipanggang, ia lebih menyihatkan.

9. Menambah krim dalam kopi menjadikan kopi panas lebih lama

Kopi akan panas 20 peratus lebih lama jika kamu menambah krim ke dalamnya.

10. Esspreso Itali

Perkataan espresso berasal dari bahasa Itali dan bermaksud 'dipaksa keluar'.

Espresso dihasilkan dengan memaksa air sangat panas di bawah tekanan tinggi melalui kopi yang digiling halus.

Artikel Lain