suria

Mungkin ramai akan berebut? Vivo V17 Pro fungsi luar biasa 6 kamera dalam 1 peranti

Model Vivo V17 Pro yang dilancarkan pada Selasa.

KETIKA seluruh dunia memperkatakan tentang kehebatan telefon pintar iPhone Pro yang baru dilancarkan, Vivo pula memperkenalkan model Vivo V17 Pro dengan harga mampu milik.

Kehebatan produk baharu Vivo ini ialah tentang fungsi kameranya. Jangan terkejut ya... telefon yang dijual pada harga serendah RM1,699 itu memiliki bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tetapi enam kamera.

Menariknya kamera hadapan didatangkan dengan fungsi pop-up yang mana ia akan timbul sewaktu anda berselfie ataupun berwefie.

Kamera hadapan 32MP dengan 8MP (sudut lebar) itu tentunya menjanjikan gambar selfie luar biasa untuk anda.

Ciri pop up kamera yang menjadikan peranti ini cukup menonjol dalam pasaran masa kini.

Bagi mereka yang gemar bergambar tu, telefon ini mungkin sesuai untuk anda.  

Lebih hebat, ia dilengkapi empat lagi kamera di bahagian belakang iaitu 48MP, 8MP (sudut lebar), 2MP (Bokeh) dan 2MP (Makro). Wah! Mahu apa lagi? Semua sekali menjadikan enam kamera tersedia kesemuanya dalam satu peranti.

Selain fungsi mode malam yang menjadikan foto pada cahaya rendah terhasil lebih berkualiti, ia turut menawarkan fungsi Pose Master, sekali gus membawa dimensi baharu dalam fotografi telefon pintar.

Fungsi unik itu akan memberi panduan kepada anda untuk berposing bagi mendapatkan gaya terbaik dalam setiap foto, persis model profesional.

Selain kamera yang cukup padu, model yang hadir dengan pilihan warna Knight Black dan Crystal White itu turut dilengkapi bateri 4100mAh dengan enjin pengecasan pantas dan skrin 6.43” FHD+ Ultra Full View Display.


Bukan satu, namun peranti ini menawarkan enam kamera.

Ia juga ia dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core serta 8GB Ram dan 128GB ROM untuk memastikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan tenang.

Bagi mereka yang berminat, Vivo V17 Pro boleh dibeli secara pra tempah bermula Selasa (1 Oktober) menerusi gedung dalam talian seperti  Lazada dan Shopee dan dijual secara rasmi bermula Sabtu ini.

Nak tempah? Klik la DI SINI.

Vivo, V17 Pro, telefon pintar, kamera

Artikel Lain