suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

WhatsApp mungkin perkenal fungsi auto-padam mesej... terus lenyap selepas baca

Fungsi itu bagaimanapun masih belum tersedia untuk pengguna.

APLIKASI sembang popular, WhatsApp sedang menguji fungsi baharu yang membenarkan mesej dipadamkan secara automatik dalam tempoh masa ditetapkan.

Menurut blog WhatsApp BetaInfo, fungsi itu membolehkan mesej hilang dalam tempoh sama ada lima saat atau sejam selepas ia dihantar.

Untuk menghidupkan fungsi itu, pengguna perlu ke tetapan chat dan menekan fungsi berkenaan sebelum membuat menetapkan masa.

"Selepas menghidupkan fungsi ini, mana-mana mesej akan terpadam secara sendiri dan tidak boleh dikesan lagi," ujar blog itu.

Setakat ini, ia hanya diuji untuk mesej kumpulan (group chat) dan mungkin diperkenal untuk mesej persendirian (personal chat).

Fungsi ini juga dikhabarkan hampir sama dengan apa yang sudah diperkenalkan oleh Telegram.

Bagaimanapun, fungsi dalam Telegram itu hanya terpakai untuk mereka yang menggunakan Secret Chat dan tidak boleh diaktifkan untuk chat biasa.

Ujar BetaInfo, fungsi itu masih dalam peringkat pembangunan dan tidak tersedia untuk pengguna.

Sehingga kini, tiada jangkaan bila ia akan dikeluarkan. - The Star.

 

WhatsApp, auto-padam, mesej, keselamatan

Artikel Lain