suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak lama lagi WhatsApp boleh digunakan menerusi pelbagai platfrom menggunakan akaun sama

WhatsApp bakal memperkenalkan ciri terbaharu yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi itu menerusi pelbagai platform.

WHATSAPP dilaporkan sedang dalam proses membangunkan fungsi terbaharu yang membolehkan pengguna memasang dan menggunakan aplikasi itu menerusi pelbagai platform pada masa yang sama.

Menurut WABetainfo, aplikasi servis mesej itu sedang membangunkan sistem multi-platform itu bagi membolehkan ia berfungsi pada iOS dan Android termasuk WhatsApp untuk Windows (UWP).

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan biar perbualan, video WhatsApp 'memberatkan' telefon anda... ini cara mudah nak jimat memori!

Ini bermakna pengguna boleh memuat turun aplikasi itu di pelbagai platform dan menggunakannya pada masa yang sama tanpa perlu melakukan proses boot akaun utama - sama seperti ketika menggunakan Facebook atau Twitter.

Malah WABetaInfo turut memberitahu pengguna juga boleh menggunakan WhatsApp pada iPad tidak lama lagi.

Bagaimanapun pihaknya tidak menafikan perubahan ini akan memberi impak kepada pengguna aplikasi itu dan berkemungkinan penambahbaikkan perlu dilakukan memandangkan sesuatu mesej itu akan dihantar ke beberapa platform dalam satu masa. - THE STAR

WhatsApp, Peranti

Artikel Lain