Jangan biar perbualan, video WhatsApp 'memberatkan' telefon anda... ini cara mudah nak jimat memori! - I-suke | mStar

Jangan biar perbualan, video WhatsApp 'memberatkan' telefon anda... ini cara mudah nak jimat memori!

Perkongsian gambar serta video di laman sembang Whatsapp boleh menyebabkan telefon menjadi berat serta mengurangkan ruang memori.

SETIAP daripada kita pasti menyertai beberapa grup sembang di WhatsApp termasuklah keluarga, rakan-rakan sekolah dan tentu sekali hal berkaitan kerja.

Ia bukan sahaja menjadi medan perbualan dan bertukar informasi tetapi tempat berkongsi gambar serta video dengan rakan-rakan yang lain.

Tetapi dalam rancak berkongsi gambar dan video, tahukah anda ia boleh menyebabkan telefon anda menjadi berat selain mengurangkan ruang memori?

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 5 telefon pintar terbaik pada harga sekitar RM2,000 sahaja

Jangan bimbang, membersihkan fail di WhatsApp adalah permulaan baik dalam 'menjimatkan' penggunaan memori telefon anda.

WhatsaApp menjadi pilihan ramai.

Caranya mudah, hanya pergi ke Setting/Data pada WhatsApp anda dan seterusnya memilih Memory Usage bagi mengetahui ruang sembang mana yang menggunakan memori terbesar.

WhatsApp akan menyenaraikan semua sejarah perbualan anda mengikut saiz fail daripada terbesar sehingga paling kecil.

Dari situ anda boleh pilih perbualan mana yang ingin anda sandarkan (back up) dengan memilih More/Export Chat pada menu.

WhatsApp akan memberi anda pilihan sama ada ingin back up perbualan atau berserta gambar dan video yang terdapat dalam ruang sembang itu.

Anda boleh juga membuat sandaran menggunakan emel.

Selepas semua proses itu dilakukan, anda boleh memadam perbualan grup atau persendirian dengan memilih More/Clear Chat. - THE STAR

Whatsapp

Artikel Lain

Ibu Issey meninggal dunia