Selimut bentuk roti tortilla jadi pembalut tubuh bayi... rasa nak makan! - I-suke | mStar

Selimut bentuk roti tortilla jadi pembalut tubuh bayi... rasa nak makan!

Selimut roti tortilla untuk bayi ini ada dijual di Amazon.

SETIAP bayi boleh dikatakan lahir dalam keadaan comel dengan cara tersendiri dan yang pasti mampu membuatkan orang dewasa berasa 'geram'.

Apatah lagi dengan rekaan selimut 'tortilla' ini, bayi anda sudah tentu akan kelihatan bertambah-tambah comel selepas dibalut menjadi makanan popular Mexico, Burrito.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantal bentuk roti baguette jadi rebutan buat peneman tidur... Jangan makan pula!

Laman web e-dagang Amazon menjual selimut yang diinspirasikan daripada roti tortilla itu pada harga RM63 sehelai.

Untuk kelihatan lebih menyelerakan, jangan lupa beli sekali hidangan sampingan ya! - Instagram @jackiedolsonewald

"Daripada pipi mereka (bayi) yang kemerah-merahan hingga ke kaki yang kecil molek, anda tahu bayi anda kelihatan sangat 'lazat' untuk dimakan.

"... dan kini bayi anda boleh dibalut dengan selimut yang layak untuk dihidangkan pada meja pesta," menurut deskripsi yang disertakan bersama iklan selimut itu.

Selimut tersebut diperbuat daripada lapisan lembut dan polister kapas yang boleh diregangkan.

Memandangkan haba yang terlalu banyak boleh menyebabkan bayi kepanasan, fabrik yang boleh 'bernafas' itu memastikan si manja anda kekal selesa dalam suhu sederhana walaupun pada musim panas.

Orang dewasa pun boleh memiliki selimut roti tortilla ini! - Amazon

Jika selimut itu belum mencukupi, ibu bapa boleh membeli aksesori tambahan yang menyerupai seperti hidangan sampingan Mexico.

Tapi, jika anda belum mempunyai anak atau bayi, jangan risau.

Selimut tortilla ini turut didatangkan dalam saiz dewasa dan dijual pada harga RM250 sehelai. - Bored Panda

tortilla , burrito , selimut

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Ibu Issey meninggal dunia