suria

Jangan terpedaya... gambar bapa karakter Disney ini hanya lukisan semata-mata

Jirka merupakan artis dari Finland sering menghasilkan semula karya-karya Disney. - Instagram @jirkavinse

DARIPADA karakter jahat kepada puteri-puteri Disney, seorang artis dari Finland, Jirka Väätäinen menghidupkan semula watak-watak tersebut ke dalam kehidupan nyata.

Semua watak tersebut kelihatan seperti seseorang yang anda mungkin temui dalam dunia sebenar.

Baru-baru ini, Jirka melakar karakter lelaki yang sering kita terlepas pandang - bapa kepada watak-watak hero berkenaan.

Jirka memiliki lebih 211,000 pengikut di Instagram.

Artis itu melukis bapa Tarzan (John), bapa Pocahontas (Chief Powhatan) dan beberapa karakter lain yang bukan sahaja membesarkan anak-anak mereka, tetapi berjaya menawan Hollywood.

Hasil karya Jirka yang menakjubkan berjaya menghimpunkan lebih 211,000 pengikut di Instagram. Anda boleh melihat hasil seni beliau di sini.

Mari kita lihat hasil kerja Jirka yang begitu mengagumkan ini! - Bored Panda


Bapa Tarzan, John.


Bapa Aladdin, Cassim.


Bapa Ariel, King Triton.


Bapa Pocahontas, Powhatan.


Bapa Hercules, Zeus.

Disney, Tarzan, Pocahontas, Zeus, Hercules

Artikel Lain