suria

Siapa sangka kelengkapan dapur ini paling laris di portal beli-belah

Utensil diperbuat daripada buluh, penyedut minuman besi dan pembuka tin makanan antara barangan dapur yang popular di laman web beli-belah atas talian.

MEMBUAT pembelian menerusi dalam talian sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat dunia kerana ia bukan sahaja memudahkan, malah terdapat pelbagai tawaran menarik berbanding yang dijual di pusat beli-belah.

Taip sahaja barangan yang anda inginkan, semuanya ada daripada pakaian, kasut, kelengkapan rumah, makanan termasuk kelengkapan dapur.

Sebut tentang kelengkapan dapur, anda pasti terkejut kerana 10 barangan ini adalah antara iten yang paling tinggi terjual menerusi aplikasi dalam talian.

Papan pemotong 'cengkaman gorila'.

Bukan biasa-biasa tau papan pemotong ni sebab ia menyamai cengkaman gorila yang boleh memotong, menghiris apa sahaja! Atas kehebatannya itu, ia laris dalam kalangan ibu-ibu, tambahan pula ia mudah di cuci.

Pembuka botol.

Ia mungkin item yang paling penting di dapur tetapi ia sangat berguna serta memudahkan kerja-kerja di dapur. 

Paling penting ia antara barang yang dicari dalam talian.

Penimbang berat digital.

Zaman sekarang masak semua bahan kena sukat dan bukannya macam orang dahulu ikut sesedap rasa. Sebab itulah penimbang berat digital ini antara yang banyak dibeli orang ramai.

Pemerah limau.

Kalau nak buat sambal belacan tak sah kalau tak perah air limau tapi nak perah malas. Tapi tak usah bimbang, berlambak tempat pemerah limau yang dijual dalam talian.

Termometer.

Antara yang laris adalah termometer... bukan apa kalau panggan daging tu senang nak semak suhu bagi memastikan sama ada ia sudah masak atau pun tidak tanpa perlu membelah daging.

Cawan pengukur.

Bekas pengukur ini selalunya mak-mak kita akan keluarkan bila tiba musim hari raya sebab nak sukat tepung ketika buat biskut.

Kalau tak ada cawan pengukur, barangkali hanya bekas biskut raya yang dihidangkan kepada tetamu tanpa kuihnya.

Dulang ketulan ais.

Ia antara item popular bukan sahaja untuk membuat ketulan ais tetapi ia mempunyai banyak kegunaan lain seperti menyimpan makanan bayi atau mengeraskan mentega. Lagipun harganya tak mahal sangat, berpatutan.

Bekas pemutar salad.

Membuat salad mungkin nampak mudah namun sayur tidak boleh berair bagi mengelakkan ia cepat lembik. 

Di sinilah gunanya bekas pemutar salad bagi membuang lebih air selepas ia dibasuh. Tidak hairan ia antara barang dapur terlaris.

Penyedut minuman besi.

Semenjak banyak restoran tidak lagi menyediakan penyedut minuman, jualan penyedut minuman besi melonjak naik dan ia menjadi item laris dalam talian.

Bagi yang memperjuangkan aspek pemuliharaan alam sekitar, pastinya penyedut minuman besi ini menjadi pilihan utama.

Set utensil buluh.

Sudah menjadi satu kemestian untuk memiliki set utensil yang diperbuat daripada buluh, ia kelihatan menarik untuk melengkapkan meja di musim perayaan atau ketika menyambut tetamu untuk sebarang majlis.

Jadi, tidak hairanlah ia juga antara item yang popular masa kini. - Eat This 

Barang dapur

Artikel Lain