suria

Gigit jari tengok harga G-Shock emas 18 karat, hanya ada 35 unit di dunia!

Jam ini dijual dengan edisi terhad sebanyak 35 unit sahaja. - Hodinkee

SELEPAS merosakkan jam mekanikal yang diberikan oleh bapanya, Kikuo Ibe yang masih kecil ketika itu bercita-cita untuk mencipta seutas jam yang tidak boleh ‘dimusnahkan’.

Jurutera Casio itu mencipta jam tersebut secara rahsia dan akhirnya berjaya menghasilkan jam yang dinamakan sebagai G-Shock.

Sekurang-kurangnya 200 prototaip jam G-Shock dibaling keluar dari tingkap bilik air untuk menguji ketahanan gegarannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut! Beg tangan termahal di dunia bukan Hermes Birkin, tapi Mouwad

Dua tahun kemudian, G-Shock yang tidak boleh dimusnahkan berjaya dihasilkan dan mengejutkan dunia dengan daya tahan jam tersebut yang sangat kuat.

Walaupun jam tersebut berkualiti tinggi, ia tidak mendapat sambutan yang memberansangkan daripada pengguna.

Tempahan hanya boleh dibuat di butik G-Shock yang terpilih di Jepun. - Watches by SJX

Namun, jam tersebut agak popular dalam kalangan tentera, pegawai polis dan pekerja pembinaan yang bertugas dalam suasana kerja yang kasar.

Pada Ogos 2017, Casio mengedarkan jam G-Shock ke-100 juta ke seluruh dunia.

Hari ini, jenama tersebut mengecapi satu lagi pencapaian dengan menghasilkan jam G-Shock emas 18 karat yang bernilai RM305,000.

Kali pertama ditunjukkan secara konsep di Baselworld 2015, jam itu dijual dengan edisi terhad sebanyak 35 unit sahaja sempena ulang tahun yang ke-35.

Tempahan untuk mendapatkan jam mewah itu hanya boleh dibuat di butik G-Shock terpilih di Jepun bermula 15 Mei lalu.

Jika anda ingin mendapatkan produk G-Shock yang lain, boleh klik link di SINI. - Luxuo

G-Shock, jam emas

Artikel Lain